Seronoknya bercuti selama 3 hari 2 malam di sini! Anak-anak sangat puas dan kini mereka ingin pergi lagi pada cuti sekolah bulan Februari dan Mac. Tempat cantik dan harganya sangat berpatutan. Tidak perlu ke negeri lain, ianya terletak di Lotus Seaview Beach Resort & Spa, Tanjung Punggai, Sungai Renggit, Pengerang, Johor.
Saya sangat mengesyorkan tempat ini kepada sesiapa yang ingin bercuti dengan bajet yang sederhana. Harga bilik standard yang saya tempah menerusi Agoda cuma RM150 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang.
Segala kemudahan disediakan di sini seperti gimnasium, kolam renang, pantai, restauran dan banyak lagi. Biliknya luas dan dilengkapi dengan barangan seperti peti sejuk, kotak keselamatan, cerek dan televisyen.
Sarapan dihidangkan dalam bentuk prasmanan dengan pelbagai hidangan yang memenuhi selera seperti nasi lemak, rendang ayam, roti canai, omelette, bihun goreng, mee goreng, kari daging, kuah dalca, bubur, buah, dan jus.
Pantai di sini sangat selamat dan terjaga. Aktiviti pantai turut disediakan dengan bayaran yang berpatutan seperti banana boat dan jetski. Sunset dan sunrise di sini sangat cantik dengan pantai yang luas memerlukan.
Jika anda suka bermain permainan dalam bilik, di sini disediakan ruang untuk permainan seperti pingpong, snooker, basikal, dan scooter.
Mempunyai berbagai jenis bilik untuk dipilih bergantung kepada keperluan masing-masing. Bagi saya, hotel ini amat berbaloi untuk bercuti bersama keluarga. Saya sudah menginap di sini sebanyak 3 kali dan masih belum bosan. Semoga pihak hotel terus memberikan servis yang terbaik!
Selesai percutian kami 3hari 2malam disini , anak2 puas betul, seronok sgt duduk rehat holiday kt sini, Tempat cantik dan harga MURAH! Cuti sekolah bln 2&3 ni nanti nak pergi lagi cuti hujung bln ni.
Tempat bercuti murah tp best! saya korang klu nak bercuti pergi la Lotus Seaview Beach Resort & Spa, Tanjung Punggai, Sungai Renggit, #Pengerang, #Johor ni! Tak perlu rentas negeri! 3 kali dh sy menginap di sini mmg puas hati dgn servis yang ditawarkan berbaloi dgn harga yg dibayar!
🏖️Tempat ni saya sgt recommended utk org yg ingin bercuti tetapi bajet yg sederhana. saya tempah melalui agoda dgn harga RM150/night untuk bilik standard termasuk breakfast utk 2 orang
🏖️semua kemudahan ada – gimnasium, swimming pool, pantai, restaurant dll
🏖️Kenapa sy suka sgt hotel ni? Sbb biliknya luas dan mempunyai mini fridge, safety box, kettle dan tv led.paling best ada microwave..jarang bilik hotel harga macam tu sediakan microwave jadinya ptg jenjalan sungai rengit beli KFC. Sampai bilik hotel dah sejuk trus masukkan dlm microwave..
🏖️Breakfast waktu saya pergi disediakan dlm bentuk buffet lagi. Menu banyak pilihan dan makanan sesuai la dengan selera saya – nasi lemak, rendang ayam, roti canai, omelette, bihun goreng, mee goreng, kari daging, kuah dalca, bubur, buah, jus dll
🏖️ Pantai dia mmg terjaga. sebab resort ni mcm tak berdekatan sangat dengan rumah penduduk.. ada aktiviti pantai yg disediakan oleh pihak hotel yang blh dicuba dgn bayaran yg berpatutan..blh cuba banana boat, jetski dan byk lagi..saya pun xberapa ingt sebab try banana boat ja..tp mmg fun laa
🏖️Bagi yg suka tgk sunset dgn sun rise tmpat ni mmg cantik. pantai yang luas terbentang memang menenangkan jiwa..
🏖️bawah restoran disediakan ruang utk indoor games – pingpong, snooker, basikal, scooter dan macam2..waktu malam memang meriah ada yang sewa basikal ronda2 sekitar hotel..
So, yg mana tringin nak bercuti tetapi bajet terhad boleh cuba hotel ni.. ada lagi jenis bilik yang lain utk ditempah bergantung pd kehendak masing2.
Personally bagi sy hotel ni berbaloi untuk dicuba untuk cuti2 bersama keluarga.. sy mmg tak serik lagi nak ke sini.. moga pihak hotel terus berikan servis yg terbaik!
Lubokanchor Mohamed Brori
Memang Best,Memang Selesa Stay Kat Resort Nie.I Like…….. Mcm Tak Puas Hari Tu Dari 15hb December Check In 17 December Check Out.Bilik I Yg Kat Depan Ngan Laut Tu.Shiok…….. Nak Repeat Lagi Lah
Best ni..murah..