Adalah sangat penting bagi pesakit darah tinggi untuk memiliki mesin pemantauaan tekanan darah sendiri di rumah.

Dengan rekod tekanan darah tinggi di rumah, ia dapat membantu doktor untuk membuat keputusan dalam rawatan. Kadang kala, akibat menunggu lama, penat berjalan atau darah gemuruh menyebabkan tekanan darah tinggi naik melonjak semasa pemeriksaan di klinik.

Pesakit juga boleh perhatikan bagaimana gaya hidup ( pengambilan makanan tinggi garam, merokok, stress, tidak cukup tidur) boleh mempengaruhi bacaan tekanan darah tinggi.

Paling penting, jika ada ahli keluarga tidak sihat, mesin ini boleh membantu anda untuk membuat keputusan untuk membawa segera ke kecemasan jika BP terlalu rendah/ terlalu tinggi.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

Leave a Reply