IPOH: Seorang penjawat awam direman lima hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berhubung elaun penugasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berjumlah RM36,800.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hazimah Wahab dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek ditahan sekitar pukul 1.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya di sini.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 10.15 pagi dengan berpakaian lokap SPRM sebelum dibawa keluar pada pukul 11 pagi.

Menurut sumber, suspek yang bertugas sebagai Penolong Pegawai RELA itu ditahan selepas dipercayai mengemukakan laporan tuntutan palsu dianggarkan berjumlah RM36,800 kepada pejabat Rela Negeri Perak.

Tuntutan itu dikatakan berkaitan elaun penugasan anggota Rela bagi rondaaan keselamatan dan pemantauan bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) bagi tahun 2023 hingga 2024 sedangkan tugas itu sebenarnya tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

Source link

Kad Doa - Novena Bonda Maria Penolong Abadi
Shopee.com.my
5.0
RM2.50
Kad Doa - Novena Bonda Maria Penolong Abadi
SET AKSESORI GURU KRS / Pemimpin (1 SET COMPLETE)-MEJOR (GURU PENOLONG KANAN)
Shopee.com.my
5.0
RM75.00
SET AKSESORI GURU KRS / Pemimpin (1 SET COMPLETE)-MEJOR (GURU PENOLONG KANAN)
PENGAKAP | NAVY EPAULLETS | PENOLONG PEMIMPIN | PEMIMPIN I 2PCS
Shopee.com.my
5.0
RM12.90

Leave a Reply