Penyanyi dan penulis lirik dari Amerika, Sam Pounds sebelum ini berkata, menerusi catatan di media sosial, bahawa lagu tersebut, yang berjudul “Do No Wrong”, akan diterbitkan pada Jumaat sebagai “rahmat kepada dunia”.

Namun pada Selasa, beliau mendedahkan bahawa penerbitan lagu tersebut akan ditangguhkan.

“Sungguhpun kami semua menyukai lagu itu, belum tiba masanya (untuk menerbitkannya),” tulisnya dalam catatan di wadah X.

“Kami semua masih berkabung atas pemergian Liam dan saya mahu keluarga berkabung dengan aman. Kita semua akan menunggu.”

Payne ditemui mati pada 16 Oktober selepas terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat tiga Hotel Casa Sur di ibu kota Argentina itu.

Ucapan takziah datang mencurah-curah daripada anggota keluarga, bekas rakan kumpulannya mahupun peminatnya serta yang lain menyusuli kematian Payne pada usia 31 tahun.

Kakitangan hotel tersebut telah menghubungi perkhidmatan kecemasan dua kali untuk melaporkan mengenai seorang tetamu “berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol” yang “memusnahkan” sebuah bilik hotel.

Payne pernah berkongsi secara terbuka bagaimana beliau bergelut mengatasi kecenderungannya menyalahgunakan bahan serta dalam meniti perjalanannya sebagai seseorang yang dikenali sejak usia yang muda.



Source link

-27%
KAKI NOVEL: DARLINGKU MR. COLD MAFIA BY SHADHIA
Shopee.com.my
4.9
RM20.16 RM28.00
KAKI NOVEL: DARLINGKU MR. COLD MAFIA BY SHADHIA
-10%
[TNY] DIDIK: BUKU PENTAKSIRAN SUMATIF PENGGAL 1 & 2 (UASA)【TAHUN 1 - 6】EDISI 2024
Shopee.com.my
4.9
RM3.56 RM3.96
[TNY] DIDIK: BUKU PENTAKSIRAN SUMATIF PENGGAL 1 & 2 (UASA)【TAHUN 1 - 6】EDISI 2024
-20%
[MBO] Buku Cerita Helo Haiwan / Warna Warni Cerita Malay Version
Shopee.com.my
5.0
RM4.00 RM5.06
[MBO] Buku Cerita Helo Haiwan / Warna Warni Cerita Malay Version

Leave a Reply