Seorang lelaki berusia 31 tahun dari Penang bertemu seorang wanita melalui permainan dalam talian, dan mereka memutuskan untuk berjumpa buat kali pertama di Ipoh.
Namun, perjumpaan tersebut tidak berjalan seperti yang dijangkakan apabila wanita itu meletakkan hoodie di kepalanya, menyebabkan dia pengsan.
Gambar sekadar hiasan
Dia ajak dia bertemu di Ipoh
Dalam satu temubual, Jake (nama samaran) menceritakan bahawa dia bertemu seorang wanita dalam lingkungan 20-an melalui permainan dalam talian dan diajak untuk berjumpa di Ipoh, seperti dilaporkan oleh China Press.
Pada 7 Februari, Jake tiba di Ipoh dan melihat wanita itu di dalam kereta, bersama seorang lelaki di tempat pemandu. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa berfikir panjang.
“Sebaik sahaja saya masuk, dia letakkan hoodie di kepala saya. Semua jadi gelap, dan saya pengsan. Bila saya sedar, saya sudah berada di Golden Triangle,” katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, berkongsi di TikTok bahawa w wanita dari China itu membawa Jake ke Laos.
Dia berjaya menghubungi keluarganya
Menurut Kwong Wah, setibanya di destinasi, Jake menyatakan bahawa dia disetup untuk belajar cara menipu.
Tetapi dua minggu kemudian, syarikat itu tutup secara tiba-tiba tanpa sebab, tinggalkannya terkapai-kapai dan hilang arah.
“Nasib baik, mereka kembalikan telefon saya, jadi saya dapat hubungi keluarga,” tambahnya.
Jake akhirnya pulang ke rumah dengan selamat pada 18 Mac, dengan bantuan dari MHO.
Baca juga: Lelaki Mencari Kawan yang Hilang Selepas Ambil “Kerja IT” di Thailand