KANGAR: Pemuda UMNO Bahagian Arau mengungguli perlawanan Futsal Perpaduan Empat Penjuru yang berlangsung penuh meriah di R7 Futsal Centre, di sini, malam tadi.

Perlawanan bermula pada pukul 9.30 malam sehingga 11.30 malam itu menyaksikan pasukan Pemuda UMNO Bahagian Arau menduduki tempat pertama diikuti Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri yang meraih tempat kedua.

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing disandang oleh Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri serta Persatuan Wartawan Perlis (PWP).

Mengulas mengenai perlawanan itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah berkata, penganjuran program berkenaan adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara parti-parti komponen dalam kerajaan Perpaduan khususnya melibatkan sayap pemuda.

“Malam ini kita dapat berkenalan dengan rakan-rakan parti komponen dan kami juga merancang untuk meneruskan program lain secara bersama dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi AMK negeri, Amar Abd Jalil berkata, perlawanan secara santai itu mendapat sambutan cukup memberangsangkan dengan penyertaaan
daripada anak-anak muda mewakili parti terlibat.

Katanya, selain mengeratkan hubungan, program tersebut juga merupakan usaha bagi mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

“Ini merupakan sebahagian aktiviti kita anjurkan untuk ahli-ahli beriadah secara bersama di samping berkenalan antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah negeri, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad berkata, penglibatan pihak media dalam perlawanan berkenaan juga merupakan usaha yang baik dalam menjalinkan kerjasama lebih erat selepas ini.

Katanya, program tersebut juga perlu diteruskan lagi selepas ini memandangkan aktiviti sukan merupakan medium paling berkesan bagi mengukuhkan perpaduan antara semua pihak.

“Sukan menyatukan kita semua dan sewajarnya medium ini digunakan sehabis baik bagi mengukuhkan perpaduan antara masyarakat,” katanya.-UTUSAN





Source link

Ready Stock baju tshirt lelaki baju lengan panjang lelaki Baju-T Lengan Panjang Pemuda Lelaki Mental Saiz Kecil Lelaki Musim Luruh Trend T-Shirt Ketat Masyarakat Seluar Dalam Selebriti Internet Muda
Shopee.com.my
5.0
RM21.21
Ready Stock baju tshirt lelaki baju lengan panjang lelaki Baju-T Lengan Panjang Pemuda Lelaki Mental Saiz Kecil Lelaki Musim Luruh Trend T-Shirt Ketat...
-50%
baju t shirt lelaki murah viral baju kaos lelaki T-Shirt Pemuda Lelaki Rohani Musim Luruh, T-Shirt Lelaki, Pakaian Ketat, Pakaian Ketat Lelaki, Kwai Ahli Masyarakat Lengan Panjang, Jenama Fesyen Selebriti Dalam Talian
Shopee.com.my
5.0
RM18.21 RM36.42
baju t shirt lelaki murah viral baju kaos lelaki T-Shirt Pemuda Lelaki Rohani Musim Luruh, T-Shirt Lelaki, Pakaian Ketat, Pakaian Ketat Lelaki, Kwai Ahli...
Ready Stock baju lelaki murah dewasa tshirt lelaki murah T-Shirt Lengan Panjang Yang Ketat Ahli Masyarakat, Kemeja Seluar Dalam Kolar Tinggi Asas Lelaki, Pemuda Lelaki Semangat Trend, Selebriti Internet Gaya Yang Sama
Shopee.com.my
5.0
RM20.08
Ready Stock baju lelaki murah dewasa tshirt lelaki murah T-Shirt Lengan Panjang Yang Ketat Ahli Masyarakat, Kemeja Seluar Dalam Kolar Tinggi Asas Lelaki,...
❤Ready Stock ❗️S-5XL❗️ baju t shirt viral tshirt slim fit lelaki kaos distro baju t shirt lelaki viral Semangat Pemuda Lelaki Lengan Panjang Baju-T Musim Luruh Lelaki Saiz Kecil Trend Ketat T-Shirt Masyarakat Belia Bersih Seluar Dalam Merah
Shopee.com.my
4.0
RM35.56
❤Ready Stock ❗️S-5XL❗️ baju t shirt viral tshirt slim fit lelaki kaos distro baju t shirt lelaki viral Semangat Pemuda Lelaki Lengan Panjang Baju-T Musim...

Leave a Reply