KUALA NERUS: Kehidupan seorang pemuda di Kampung Kuala Tepuh di sini, berubah sekelip mata apabila kini hanya mampu terlantar di katil dengan ususnya di luar badan selepas kejadian dihempap dinding konkrit ketika membaiki surau lima bulan lepas.

Kejadian yang berlaku pada 11 Feb lepas itu menyebabkan Abdul Mukmin Awang, 34, menderita apabila usus dan pundi kencingnya pecah, patah tulang pinggul dan hati serta paru-parunya mengalami masalah.

Abdul Mukmin yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang membantu ayahnya membaiki surau di Kampung Buluh Gading, di Manir, Kuala Terengganu.

“Akibat kejadian itu saya terpaksa melalui tiga pembedahan iaitu memasang besi di bahagian pinggul, memotong usus yang rosak dan menebuk lubang di pundi kencing. Selepas ini akan ada satu lagi pembedahan untuk memasukkan semula usus ke dalam badan tetapi ia hanya akan dibuat selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan saya.

“Kini pergerakan saya terbatas dan hanya terlantar di katil kerana usus yang pecah terpaksa dikeluarkan dan diletakkan di dalam beg plastik yang dilekatkan di bahagian perut, selain badan saya turut dipasang tiub untuk saluran kencing,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Tepuh di sini hari ini.

Rutin harian pemuda yang masih bujang itu kini terpaksa diuruskan sepenuhnya oleh ibu, Zaliha Chik, 61, selain dibantu adik beradik yang lain.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berasa terkilan kerana dia sudah tidak dapat bekerja membantu keluarga dan terpaksa membiarkan ayahnya, Awang Embong, 60, menyara keluarga dengan bekerja sebagai tukang rumah yang pendapatannya tidak seberapa.

Meskipun dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 dan ibunya menerima RM500 sebagai penjaga, wang tersebut tidak cukup untuk menampung perbelanjaan perubatan dan pengurusan dirinya yang mencecah RM2,000 sebulan termasuk kos ulang-alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, lampin, ubat, susu khas dan sebagainya.

Sehubungan itu mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Abdul Mukmin di talian 017-9273477.



Source link

-32%
Versi Korea celana kelabu kaki bersifat pribadi seluar lelaki Leggings fashion pemuda hairstylist jeans brand Korean version gray ragged pants leg personalized men's young men
Shopee.com.my
4.5
RM61.91 RM92.40
Versi Korea celana kelabu kaki bersifat pribadi seluar lelaki Leggings fashion pemuda hairstylist jeans brand Korean version gray ragged pants leg...
DWPendatang baru jaket denim hitam kasual lelaki dan lelaki versi Korea jaket pemuda langsing lelaki Korea dengan pakaian denim
Shopee.com.my
4.9
RM70.76
DWPendatang baru jaket denim hitam kasual lelaki dan lelaki versi Korea jaket pemuda langsing lelaki Korea dengan pakaian denim
DWPendatang baru jaket denim hitam kasual lelaki dan lelaki versi Korea jaket pemuda langsing lelaki Korea dengan pakaian denim
Shopee.com.my
4.8
RM52.80
DWPendatang baru jaket denim hitam kasual lelaki dan lelaki versi Korea jaket pemuda langsing lelaki Korea dengan pakaian denim
-63%
Dompet lelaki tahan air perniagaan dompet panjang tahan air dompet kulit hadiah asli dompet panjang lelaki beg tangan kapasiti besar kad multi-kad zip clutch bag pemuda beg telefon bimbit pasang
Shopee.com.my
4.7
RM13.75 RM38.19
Dompet lelaki tahan air perniagaan dompet panjang tahan air dompet kulit hadiah asli dompet panjang lelaki beg tangan kapasiti besar kad multi-kad zip clutch...

Leave a Reply