LONDON: Tom Daley dari Britain telah mengumumkan persaraannya dari dunia terjun selepas Sukan Olimpik di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemenang pingat emas di Tokyo 2021 berusia 30 tahun itu mendedahkan keputusannya untuk menamatkan kariernya dalam satu wawancara bersama British Vogue.
Daley, yang menambah pingat Olimpiknya yang kelima dengan meraih perak dalam acara 10 meter seirama di Paris, berkata: “Ia terasa sangat, sangat tidak nyata.
“Saya merasa begitu teramat cemas menjelang acara ini, mengetahui ini adalah Olimpik terakhir saya.
“Terdapat banyak tekanan dan harapan. Saya tidak sabar untuk ia berakhir.
“Namun apabila saya melangkah keluar dan melihat suami saya (Lance) dan anak-anak (Robbie dan Phoenix) serta rakan-rakan dan keluarga dalam penonton, saya berfikir, ya, inilah sebabnya saya melakukan ini.
“Ia sangat mengharukan pada akhirnya, di atas platform, mengetahui itu akan menjadi terjunan kompetitif terakhir saya.
“Tetapi saya perlu membuat keputusan pada suatu ketika, dan sekarang terasa waktu yang tepat. Ini adalah waktu yang tepat untuk mengakhiri semua ini.”