SEREMBAN: Seorang pemandu lori direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki menawar dan memberikan rasuah wang tunai sebanyak RM500 kepada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

Permohonan reman telah dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya di hadapan Majistret, Nurul Sakinah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. 

 Sepanjang tempoh reman terbabit, suspek lelaki berusia 20-an itu akan ditempatkan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di sini.

Suspek telah diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fatimahwati Mehemad Osman.

Semalam, SPRM menahan seorang pemandu lori kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah wang tunai sebanyak RM500 kepada penguat kuasa JPJ.

Kesalahan itu dilakukannya di Lukut, Port Dickson pada pukul 10.40 pagi semalam, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang berkaitan lima kesalahan jalan raya. 

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 2.25 petang semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ia berkaitan kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan pemeriksaan berkala Puspakom telah tamat tempoh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.-UTUSAN.





Source link

Ready Stock Car Sticker e-hailing oku sticker P Car Kereta Motor Bike Sticker L OKU Pemandu JPJ Size
Shopee.com.my
4.9
RM0.99
Ready Stock Car Sticker e-hailing oku sticker P Car Kereta Motor Bike Sticker L OKU Pemandu JPJ Size
Ehailing Driver Starter Kit Box Set | Kit Permulaan Pemandu Ehailing Set Kotak
Shopee.com.my
5.0
RM8.45
Ehailing Driver Starter Kit Box Set | Kit Permulaan Pemandu Ehailing Set Kotak
Sticker tepi lori AWAS! Pemandu Tidak Nampak Anda di Sini.
Shopee.com.my
5.0
RM6.59
Sticker tepi lori AWAS! Pemandu Tidak Nampak Anda di Sini.
TRENY Car Steering Security Lock A8 Anti-Theft Self-Rescue Window Broken Tool Hardware Kunci Pemandu Kereta Perkakasan
Shopee.com.my
4.9
RM55.99
TRENY Car Steering Security Lock A8 Anti-Theft Self-Rescue Window Broken Tool Hardware Kunci Pemandu Kereta Perkakasan

Leave a Reply