Dari segi spesifikasi, Neo 14 boleh dipasangkan dengan Core Ultra 9 185H, hingga GPU diskrit NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB, sehingga 1TB penyimpanan PCIe 4.0, dan hingga 32GB RAM LPDDR5X. Bagi paparan, panel IPS sebesar 14.5 inci dengan tiga resolusi maksimum berbeza: WUXGA (1920 x 1200) 120Hz, WQXGA (2560 x 1600) 120Hz, dan WQXGA (3072 x 1920) dan 165Hz. Untuk sambungan, laptop ini dilengkapi dengan Wi-Fi 6E dan bukan Wi-Fi 7, yang agak mengejutkan sebab Meteor Lake sebenarnya boleh menyokong piawai yang terakhir.
Seperti siri Nitro yang baru, Helio Neo 14 akan terlebih dahulu diperolehi di Amerika Syarikat mulai bulan Mei ini, dengan harga mula dari US$1,799.99 (~RM8,581). Pada masa penulisan, Acer tidak menyebut harga atau ketersediaan tempatan.
(Sumber: Acer PR)
Â
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih kemas kini dan berita terkini.Â