Seorang pekerja ladang dari Perak telah menjadi jutawan segera selepas memenangi RM17.03 juta dalam cabutan loteri Power Toto 6/55 pada 18 Ogos lalu.
Angin tuah lelaki berumur 61 tahun ini datang daripada tabiatnya selama beberapa dekad memasang nombor tertentu yang diambil daripada umur ahli keluarganya.
Dalam satu kenyataan oleh STM Lottery, kombinasi nombor yang membawa hadiah besar itu adalah – 6, 13, 16, 18, 20, dan 36.
BACA JUGA: Warga emas 77 tahun kongsi jackpot RM23.3 juta dengan anak-anak
“Nombor-nombor ini sebenarnya adalah umur ahli keluarga saya,” katanya.
“Ada peristiwa bermakna yang berlaku pada waktu itu, dan saya sengaja memilih umur mereka pada masa tersebut dan mula memasang nombor-nombor ini.”
Beliau menyatakan: “Saya akan membeli semua permainan Lotto iaitu Star Toto 6/50, Power Toto 6/55 dan Supreme Toto 6/58 hanya dengan RM4 bagi setiap cabutan dan hanya menunggu giliran untuk menang.”
Kesungguhan dan kepercayaannya kepada nombor-nombor bertuahnya akhirnya membuahkan hasil.
Si pemenang mengimbau kembali keterkejutannya apabila melihat keputusan dalam akhbar dan segera berkongsi berita gembira itu dengan isteri dan anak-anaknya.
BACA JUGA: Rakyat Malaysia bertuah di Negeri Sembilan menang jackpot RM64 juta