KUALA LUMPUR: Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri memanggil Meta Platforms Inc (Meta) bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di platform media sosial Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh baru-baru ini di platform Facebook dan Instagram pada 14 Mei dan 30 Julai lepas.

“Pejabat Perdana Menteri melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan.

“Ia juga adalah penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir dalam perjumpaan dengan Meta ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa tindakan menurunkan hantaran tersebut telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.

“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri juga kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook melibatkan akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam semalam.

Justeru Pejabat Perdana Menteri telah menuntut beberapa perkara, termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Meta, serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta.

“Seperti yang telah dijanjikan di dalam pertemuan ini, satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh pihak Meta dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.



Source link

( H15CM ) material foamboard PVC murah dekorasi huruf abjad dan nombor untuk signboard hiasan dinding rumah dan pejabat
Shopee.com.my
5.0
RM1.80
( H15CM ) material foamboard PVC murah dekorasi huruf abjad dan nombor untuk signboard hiasan dinding rumah dan pejabat
-3%
Name Tag MAGNET, NameTag PIN Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Murid dan Pekerja Pejabat, Kerajaan Biasa dan Epoxy-justserif
Shopee.com.my
5.0
RM1.94 RM2.00
Name Tag MAGNET, NameTag PIN Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Murid dan Pekerja Pejabat, Kerajaan Biasa dan Epoxy-justserif
-38%
VC Art Whiteboard Permenant Marker Pen 500 Papan Tulis maker pen sekolah cikgu papan putih alat pejabat alat tulis
Shopee.com.my
4.9
RM0.49 RM0.80
VC Art Whiteboard Permenant Marker Pen 500 Papan Tulis maker pen sekolah cikgu papan putih alat pejabat alat tulis
-12%
EVEREADY Super Heavy Duty Battery Original AA Bateri AAA Wholesales Durable 1012 1015 黑猫电池 红猫电池 Batteries Pejabat Office
Shopee.com.my
4.9
RM3.30 RM3.79
EVEREADY Super Heavy Duty Battery Original AA Bateri AAA Wholesales Durable 1012 1015 黑猫电池 红猫电池 Batteries Pejabat Office

Leave a Reply