Pedofilia adalah tindakan kejam merogol kanak-kanak. Kanak-kanak menjadi mangsa…


Pedofil merupakan pemangsa jahat yang membaham kanak-kanak. Kanak-kanak dirog0l dan dihenjak seperti mainan. Sesungguhnya makhluk pedofil adalah makhluk hina yang patut pupus dari muka bumi!

Tajuk: THE GREAT FATHER (2017)

THE GREAT FATHER sebuah filem Malayalam yang menceritakan tentang perjuangan seorang ayah menuntut bela nasib anak gadisnya yang hampir putus nyawa di tangan pedofil durjana.
Mammootty membawa watak seorang ayah yang tenang,dalam ketenangan dia menyusup senyap-senyap memburu manusia jahat yang telah merosakkan hidup ramai kanak-kanak seusia anaknya.

Anikha pelakon kanak-kanak yang berjaya membawa watak sebagai anak gadis ceria kemudian mengalami trauma yang dahsyat. Sebuah penyeksaan yang tidak dapat dilupakan.

Spoiler alert⚠️

Salah satu cerita psikologikal/jenayah/thriller dari Malayalam yang memang terbaik sepanjang zaman!
Seorang pegawai polis yang bernama Samuel hampir menemui jejak Seorang penjenayah pedofil yang merogol Dan membunuh kanak2 perempuan. Malangnya, Samuel menemui ajal apabila penjenayah psiko itu membunuhnya.

Seterusnya kita dihidangkan dengan suasana bahagia sebuah keluarga. Seorang anak gadis manja bernama Sara, yang amat memuja-muja bapanya. Bapanya David(mammoothy) merupakan seorang pemilik syarikat pembinaan. Sara dan David amat rapat.
Pada suatu hari, tragedi malang menimpa Sara, tapi nasib masih menyebelahi Sara apabila dia ditemui oleh David dengan keadaan masih bernyawa.

Sangat perit melihat Sara yang trauma dengan kejadian yang menimpa, David dan isterinya Michelle bersepakat untuk menghapuskan pemusnah hidupnya yang digelar “Joker”.

Sedang rancak David menjejaki Joker, Seorang pegawai polis bernama Andrews sedang kebingungan mencari si perogol bersiri pedofil ini.Seorang demi seorang kanak-kanak menjadi mangsa. Akhirnya Andrews dan David bertemu, masing-masing tidak mahu mengalah, tapi yang pasti David sering mendahului dan mendapat petunjuk untuk menjejaki Joker.

Villain yang mengerikan, memang kita turut sama merasakan aura psikosis si Joker. Muzik latar sangat sesuai dan menambah rasa debar dalam diri penonton.

Siapakah Joker sebenarnya?? Semua tertanya-tanya, siapa yang dahulu berjaya menemui Joker? Apakah pembalasan buat penjenayah kejam ini?

Tonton di Astro Go

THE GREAT FATHER 8.5/10

#StreamOnAstro
#AstroGo








Source

Leave a Reply