KUALA LUMPUR – Pasangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris 2024 mendapat pengiktirafan apabila meraih gelaran Olimpian Tahunan pada Malam Anugerah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-27.

Ini sekaligus menghargai jasa mereka berjaya menyumbang pingat gangsa untuk negara selepas menewaskan lawan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam penentuan tempat ketiga, Ogos lalu.

“Terima kasih untuk MOM dan Presiden, Tan Sri Norza Zakaria atas anugerah yang disampaikan.nSemoga anugerah ini dapat menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus beraksi dengan cemerlang,” ucapnya.

Dalam kategori lain, jauh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut menerima anugerah Olimpian Tahunan untuk Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas kejayaannya meraih pingat perak.

Manakala atlet angkat berat Malaysia, Mohamad Aniq Kasan telah dianugerahkan gelaran yang sama bagi kategori Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas kejayaannya merangkul pingat emas dalam kategori 55 kilogram (kg).

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah memuji usaha konsisten atlet negara dalam menunjukkan prestasi terbaik.

Beliau turut menekankan bahawa pencapaian dan kecemerlangan ini merupakan hasil perancangan rapi dan sokongan berterusan yang diberikan terhadap pembangunan sukan negara.

Anugerah berprestij ini telah dianjurkan pertama kali sejak ditangguhkan pada tahun 2019 akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

Senarai Pemenang Malam Anugerah MOM Ke-27:

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Vietnam 2021
Kategori Lelaki – Juwaidi Marzuki daripada Sukan Memanah
Kategori Wanita – Nur Dhabitah Sabri OLY daripada Sukan Terjun

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Kemboja 2023
Kategori Lelaki – Khiew Hoe Yan OLY daripada Sukan Renang
Kategori Wanita – Tan Cheong Min daripada Sukan Wushu

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022
Kategori Lelaki – Aniq Kasdan OLY daripada Sukan Angkat Berat
Kategori Wanita – Ng Joe Ee daripada Sukan Gimnastik

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022
Kategori Lelaki – Ng Eain Yow daripada Sukan Skuasy
Kategori Wanita – Sivasangari Subramaniam daripada Sukan Skuasy. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Source link

-35%
【Ready Stock】KRSEED纯欲风修身显瘦a字裙连衣裙女夏季情侣装短袖T恤男宽松上衣Pakaian Pasangan Couple's Wear FGBU
Shopee.com.my
4.7
RM50.49 RM78.89
【Ready Stock】KRSEED纯欲风修身显瘦a字裙连衣裙女夏季情侣装短袖T恤男宽松上衣Pakaian Pasangan Couple's Wear FGBU
-59%
Couple T Shirt Valentine's Day Gift Fashion Cartoon Men's and Women's Summer Clothes Korean Short Sleeve T-Shirt Slim Top Pasangan lengan pendek
Shopee.com.my
4.7
RM13.07 RM31.88
Couple T Shirt Valentine's Day Gift Fashion Cartoon Men's and Women's Summer Clothes Korean Short Sleeve T-Shirt Slim Top Pasangan lengan pendek
-45%
Couple Set Morfia & oxa - kaos couple - baju pasangan - Basic tee jumbo kaos combed 30s cotton original kaos unisex
Shopee.com.my
4.8
RM61.49 RM113.87

Leave a Reply