PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang memantau dua warga asing di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, selepas mereka dikeluarkan dari sebuah penerbangan di KLIA Terminal 2 pada Ahad lalu (9 Februari).
Menurut kenyataan di laman Facebook Polis IPD KLIA, pihak polis di terminal tersebut menerima laporan dari pegawai keselamatan penerbangan mengenai gangguan yang berlaku pada pesawat yang hendak berlepas ke Lapangan Terbang Jieyang Chaoshan di China.
Seorang penumpang wanita dilaporkan berkelakuan tidak tentu arah sehingga mengganggu penumpang lain. Akibatnya, pegawai keselamatan terpaksa mengeluarkan wanita tersebut bersama pasangan lelakinya dari pesawat.
“Pasangan tersebut dibawa ke balai polis KLIA Terminal 2, namun ketika disoal siasat, mereka tidak memberi kerjasama. Mereka mula menunjukkan kelakuan tidak waras dan agresif. Polis kemudiannya meminta bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas pemeriksaan, kedua-duanya diberikan sedatif,” jelas kenyataan itu.
“Setelah itu, pasangan tersebut dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai mengalami masalah mental, dan mereka kini ditahan di wad hospital,” tambah mereka.
Ujian air kencing juga menunjukkan bahawa pasangan tersebut tidak menggunakan sebarang bahan terlarang.
Pihak berkuasa juga menjelaskan bahawa pasangan ini tidak ditangkap, tetapi sebaliknya sedang mendapatkan bantuan melalui pemeriksaan dan rawatan di hospital.
Apa pendapat korang tentang situasi ini? Jangan malu untuk kongsikan pandangan korang di ruangan komen.
Baca juga: Lelaki Asing Dituduh Cubaan Merogol Wanita di Penang, PDRM Kata Ini Semua Salah Faham