Parut Dada Azizulhasni
Mungkin tiada kalungan emas di leher Azizul di Olimpik, tetapi ada sesuatu yang lebih mendalam dan abadi terpahat di dadanya—sebuah simbol keberanian yang akan menjadi saksi sepanjang hayatnya.
Parut ini bukan sekadar tanda fizikal; ia adalah lambang kepada kesakitan, ketabahan, dan dedikasi luar biasa yang Azizulhasni telah tunjukkan sepanjang kariernya.
Pada tahun 2022, beliau disahkan menghidap penyakit jantung yang jarang ditemui, Anomalous Aortic Origin of a Coronary Artery (AAOCA), di mana saluran darah jantungnya bersambung dengan cara yang tidak normal.
Ini adalah satu keadaan yang serius, satu ancaman yang boleh menghentikan detik-detik jantungnya, terutamanya semasa aktiviti fizikal yang intensif seperti perlumbaan basikal.
Dengan nyawa di hujung tanduk, beliau terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka—sebuah langkah yang penuh risiko tetapi perlu untuk memperbetulkan masalah ini.
Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya, dan Azizulhasni tidak pernah berpaling ke belakang. Beliau pulih, bangkit, dan kembali ke sukan yang menjadi cinta sejatinya.
TIADA siapa, dengan sejarah perubatan yang serius dan parut pembedahan di dada, yang akan sanggup berjuang kembali di velodrome. Tetapi Azizul berani melakukannya.
Parut ini mengingatkan kita bahawa perjalanan menuju kejayaan penuh dengan duri dan ranjau. Kadang-kadang, meskipun kita telah memberikan segala-galanya, kejayaan masih sukar dicapai kerana faktor-faktor luar yang di luar kawalan, seperti yang berlaku baru-baru ini.
Kini, lebih daripada sebelumnya, inilah masa untuk kita sebagai rakyat Malaysia berdiri teguh bersama dan menyokong wira-wira kita di saat mereka berdepan kesukaran.
Azizulhasni telah memberikan yang terbaik untuk negara kita, dan walaupun emas tidak menjadi miliknya, parut di dadanya telah memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia ❤️
Usaha sudah,Doa pon sudah,selebihnye Tawakal… Kt Merancang Allah Merancang..Perancangan Allah Maha Hebat..Segala yg jadi sudah ditentukan.. Pe pon Dato ttp atlet terbaik..Semoga dipermudahkan segala urusan
Mark that means everything to him. Kalau orang lain dah lama tggalkan sukan demi itu. Tapi beliau tidak. What’s an inspiration!
Yang ada masalah hati je duduk blame dia. Jgn kita nak buat sorang lagi lee zia jia lahir kat malaysia ni.. Tolonglah..
Tu baru dkt dada.. belum betis tertusuk kayu dulu..jd, siapa kita nak hukum dia, dia da buat yg terbaik demi negara.. terima kasih dato’…
Kami tak perlukan emas Olimpik.Azizulhasni Awang adalah emas.
Yg kuat mengkritik dia,belum tentu boleh jadi sehebat dan sekuat mcm dia
Kaki tercucuk kayu, bedah jantung, pengorbanan keluar negara, tinggalkan keluarga demi negara dan sukan yang dicintai. Bertahun berkorban segala kudrat. Tiada siapa patut kecam pengorbanan beliau. Always in our heart
Mungkin ada hikmahnya segala yg terjadi. Mungkin yg ESA ingin menjaga kesihatannya ….