PARLIMEN: MP PN terpaksa berhutang bantu rakyat


KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang didakwa terpaksa berhutang untuk membantu pengundi kawasan masing-masing yang memerlukan bantuan.

Dakwaan itu dikongsikan Hassan Saad (PN-Baling) semasa menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

“Ada dalam kalangan kami, seperti mana disebut Kuala Krai (Abdul Latiff Abdul Rahman), terpaksa masuk dalam golongan B40 dan ada di kalangan wakil rakyat kami, rakan-rakan kami terpaksa berhutang memberi bantuan kepada rakyat yang datang meminta bantuan.

“Jadi apa salahnya pihak kerajaan mempertimbangkan peruntukan ini, kerana peruntukan ini bukan untuk dipolitikkan, tetapi untuk disampaikan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.
“Ada di kalangan kami, seperti mana disebut Kuala Krai (Abdul Latiff Abdul Rahman), terpaksa masuk dalam golongan B40 dan ada di kalangan wakil rakyat kami, rakan-rakan kami terpaksa berhutang memberi bantuan kepada rakyat yang datang meminta bantuan.

“Jadi apa salahnya pihak kerajaan mempertimbangkan peruntukan ini, kerana peruntukan ini bukan untuk dipolitikkan, tetapi untuk disampaikan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Hassan berkongsi rasa sedih kerana hanya mampu meminta pengundinya untuk bersabar.

“Saya rasa pusat khidmat saya seperti klinik swasta. Apabila saya masuk, yang tengah unggu pun masuk jumpa saya nak minta tolong. ‘Saya tanya ada apa makcik…ini minta tolong supaya YB tolong bayar bil elektrik saya RM1,800 tertunggak. Kawan seorang lagi pulak, anak dia bersalin tidak dapat bayar duit…mohon juga dan banyak lagi.

“Kadangkala saya rasa sedih tengok pengundi saya, jadi saya hanya mampu, dalam hati saya kata ‘bersabarlah wahai pengundi Baling, kamu sabar kamu akan dapat pahala yang banyak di akhirat esok.

“Disebabkan kerana kami daripada pihak pembangkang tidak diberi peruntukan yang sepatutnya kami terima, itu lah yang kami hadapi sekarang,” katanya.





Source link

Leave a Reply