Paramedik Komuniti Melaka kurangkan beban petugas kesihatan


MELAKA: Penubuhan Paramedik Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lokasi-lokasi pelancongan terpilih sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 akan mengurangkan beban petugas kesihatan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pasukan itu bertujuan memberikan bantuan kecemasan awal kepada pelancong dan pengunjung yang ditimpa sakit sebelum dihantar ke klinik atau pusat perubatan berhampiran.

“Saya percaya pelantikan kumpulan awal seramai 30 orang sukarelawan Paramedik Komuniti dalam kalangan penduduk setempat di lokasi pelancongan dapat membantu mengurangkan beban petugas kesihatan.

“Ini merupakan inisiatif yang julung kali diadakan dan menjadi perintis di
Melaka dengan penubuhan Paramedik Komuniti Melaka. Pasukan Paramedik Komuniti di setiap DUN serta lokasi-lokasi pelancongan terpilih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Ves, Buku Pasport Sukarelawan TMM 2024 dan Inisiatif Paramedik Komuniti 2024 di Dataran Pengkalan Rama di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf berkata, seramai 500 sukarelawan telah dilatih dan diberikan pengetahuan mengenai lokasi pelancongan menarik dan sejarah Melaka. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply