MELAKA – Empat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ditukarkan tempat bertugas dan dipecat susulan isu paparan gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada infografik slaid khutbah Jumaat, minggu lalu.

Dalam slaid berasingan, turut dipaparkan adalah wajah Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa digantikan dengan gambar Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan tegas telah diambil dengan terdapat pegawai yang diberhentikan perkhidmatan atas sebab kecuaian, manakala yang lain ditukarkan ke bahagian atau daerah lain.

Jelasnya, antara pegawai terlibat adalah ketua penolong pengarah di Bahagian Pengurusan Masjid JAIM.

“Mereka merupakan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid yang bertanggungjawab melaksanakan penyediaan slaid tersebut.

“la satu kesilapan yang sama sekali tidak boleh dilakukan dan JAIM memohon maaf atas kekhilafan tersebut serta akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkaya demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Terdahulu, infografik khutbah bertajuk ‘Negaraku, Tanah Airku’ pada 20 September yang disediakan Bahagian Pengurusan Masjid JAIM bersempena Sambutan Hari Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif susulan paparan wajah ketua parti pembangkang itu.

JAIM sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan mengarahkan slaid infografik tersebut ditarik balik. – KOSMO! ONLINE.

Source link

PROMOSI MURAHBELACAN PAPAR ORIGINAL SABAH (STICK 20 BATANG)
Shopee.com.my
4.9
RM15.00
PROMOSI MURAHBELACAN PAPAR ORIGINAL SABAH (STICK 20 BATANG)
Belacan kg. Laut Papar, Sabah
Shopee.com.my
5.0
RM5.90
Belacan kg. Laut Papar, Sabah
-52%
Helmet Rack display Cabinet Stacking Rack display Rack Storage Cabinet Showcase storage box Papar Kabinet 收纳盒
Shopee.com.my
4.4
RM39.90 RM83.13
Helmet Rack display Cabinet Stacking Rack display Rack Storage Cabinet Showcase storage box Papar Kabinet 收纳盒
Window Bread Packaging (Large)/ Bread Papar Bag / Transparent Bread Packing / Kraft Paper Window Bread Bag
Shopee.com.my
4.9
RM8.00

Leave a Reply