KUALA LUMPUR: Ratu menyelam Malaysia, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal mendapatkan tiket ke Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan pertandingan tempat ke-12 dalam acara menyelam dalam Platform 10m Synchronised di Kejohanan Akwatis Dunia (WAC) di Doha, Qatar, hari ini.

Pasangan tersebut gagal menunjukkan prestasi terbaik dan menamatkan tempat ke-12 dalam pertandingan yang melibatkan 16 pasangan menyelam, mengumpul 240.06 mata keseluruhan dalam pertandingan di Hamad Aquatic Centre.

Tempat pertama dimenangi oleh pasangan China, China Chen Yuxi-Quan Hingchan dengan 362.22 mata keseluruhan diikuti oleh pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) manakala pasangan Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix menamatkan tempat ketiga dengan (299.34 mata).

Untuk layak ke Olimpik, Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan tempat dalam empat terbaik dalam pertandingan tersebut.

Sebelum ini, Ooi Tza Lian-Muhammad Syafiq Puteh yang menyertai acara lelaki individu 3m Springboard juga tersingkir selepas menamatkan tempat ke-23 dengan (352.10 mata) dan tempat ke-45 dengan (296.35 mata) masing-masing. – Bernama



Source link

Bot kajang tempat tulen dan buku bergambar cermin mata membaca membawa anda ke musim panas yang berbeza Buku bergambar k
Shopee.com.my
RM69.42
Bot kajang tempat tulen dan buku bergambar cermin mata membaca membawa anda ke musim panas yang berbeza Buku bergambar k
personaliti ke-5 cos tukang kebun kotak alat tang penyiram cos props untuk menghantar pelekat tatu tempat butang mata
Shopee.com.my
RM44.30
personaliti ke-5 cos tukang kebun kotak alat tang penyiram cos props untuk menghantar pelekat tatu tempat butang mata

Leave a Reply