Pagi ini, Mesyuarat Pengurusan Khas Banjir dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berlangsung. Mesyuarat ini dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, serta pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selepas mesyuarat, YB Fadhlina mengadakan sidang media khas untuk berkongsi info terkini mengenai situasi banjir dan pelaksanaan peperiksaan SPM. KPM memaklumkan mereka sudah bersedia melaksanakan peperiksaan SPM meskipun dalam keadaan banjir dengan mematuhi SOP Ops Payung.
Bagi memastikan semua calon selamat dan selesa, pekeliling tentang persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) telah dikeluarkan kepada warga KPM pada 22 Oktober 2024. Malah, Program Kesiapsiagaan Menghadapi MTL juga dilancarkan pada 28 Oktober 2024.
Calon yang terjejas oleh keadaan banjir akan dipindahkan ke asrama dan pusat peperiksaan alternatif. Ini demi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam suasana yang selesa. Sebagai contoh, jika seseorang calon dari kawasan banjir, mereka akan ditempatkan di sekolah yang tidak terjejas agar dapat focus pada peperiksaan tanpa gangguan.
Untuk memastikan kesejahteraan mental calon, bantuan khidmat psikososial juga disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ini penting, terutamanya ketika mereka berdepan dengan pelbagai tekanan semasa musim peperiksaan.
KPM juga bekerjasama dengan agensi lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan segala urusan peperiksaan SPM berjalan lancar.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
Source link
Murid SPM tertekan tu.. harap mansuhkan SPM sekali menteri Kementerian Pendidikan Malaysia… jangan berbual saja
Akan menjadi lipatan sejarah utk pedoman generasi mendatang
Sy yakin ada kalangan anak2 ni adalah ketua keluarga.. yg mgkin kehilangan ibu/ayah.
Rasa2 tenang x jiwa budak ni nk exam pikir kluarga dia yg terkandas banjir?
Cuba suh 2 @ 3 family chinese yg kne banjir wat komplen. Mesti jalan siap site visit lg geng² jemaah berpangkat..
tak masuk akal langsung..Apa la yang ada dalam kepala seorang menteri yang sepatutnya bertanggungjawab dan bertindak segera mungkin..