Pada 27 Disember 2023, saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke fasiliti kesihatan di Negeri Johor.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melakukan pemantauan terhadap situasi dan pengurusan COVID-19 di Negeri Johor khususnya di peringkat JKN, PKD dan juga di lapangan.
Ini bagi mengenalpasti tindakan-tindakan penambahbaikan yang boleh diambil bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara buat masa ini.
Semasa lawatan ke CPRC JKN Johor, beberapa perkara berkaitansituasi terkini COVID-19 di Johor,
jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan,situasi pemberian antiviral Paxlovid, liputan vaksinasi COVID-19 dan langkah-langkah kesiapsiagaan dan kawalan yang sedang diambil telah dibentangkan.
Selain itu, saya juga berkesempatan melawat Bilik Gerakan COVID-19 di PKD Johor Bharu dan Klinik Kesihatan Mahmoodiah untuk memantau pengurusan COVID-19 di peringkat daerah dan juga lapangan.
Terima kasih saya ucapkan kepada warga JKN Johor, PKD Johor Bharu dan warga kerja Klinik Kesihatan Mahmoodiah atas komitmen padu dan berterusan serta memberikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada masyarakat.