Dulu, Overwatch mempertemukan dua pasukan yang terdiri daripada enam hero. Sekarang, Overwatch 2 membawa format itu ke arah yang lebih kecil dengan pasukan lima. Tapi, berita baik! Mereka bakal bawa kembali format 6v6 dalam mode eksperimen baru!
Mulai bulan Disember ini, Overwatch 2 akan memperkenalkan dua mode untuk mencuba format 6v6. Dalam mode pertama, setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak melebihi tiga hero dari setiap peranan. Kemudian, mode kedua akan muncul di tengah musim dan memerlukan dua hero untuk setiap peranan. Dalam mode ini, tank akan menjadi lebih lemah.
Walaupun format 6v6 menggambarkan sejarah Overwatch, mod yang diperkenalkan semula ini tidak akan menggantikan format 5v5 yang sedia ada. Blizzard sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengimbangi dan mengubah suai hero agar setiap pertempuran dalam format 6v6 adil.
Selain itu, Overwatch 2 juga sedang bereksperimen dengan format 5v5 baru yang membenarkan pemain memilih hanya sehingga dua hero dari setiap peranan. Sama seperti mode 6v6 kedua, tank akan menjadi lebih lemah juga!
Masih belum pasti sama ada mod 6v6 yang akan datang ini akan menjadi tambahan tetap dalam pilihan mode permainan. Namun, ini adalah langkah positif untuk menarik perhatian pemain yang masih rindu dengan format asal permainan.
LIHAT JUGA: Blizzard di TGS 2024: StarCraft, Overwatch 2 x MHA, dan banyak lagi!
Artikel ini pertama kali muncul di GadgetMatch.