Orang nampak kita ada semua.
Kerja elok. Gaji stabil. Ada rumah, ada kereta.
Setiap hari senyum, jawab “ok je”,
walaupun dalam hati… kosong.
Macam ada benda hilang, tapi tak tahu apa.
Kita terlalu kejar hidup yang ‘nampak sempurna’,
sampai lupa tanya diri sendiri,
“Bahagia tak aku hari ni?”
Kesihatan mental bukan sekadar mampu kerja, mampu berdiri.
Tapi tentang rasa tenang dalam diri.
Tentang rasa cukup.
Tentang tahu bila nak berhenti dan jaga hati sendiri.
Kalau anda sedang rasa begini…
Anda tak bersendirian.
Ada orang di luar sana, yang faham rasa tu.
Mungkin kita tak kenal,
tapi kita pernah terluka dengan cara yang sama.
Dan anda tetap layak rasa bahagia.
Walaupun tak sempurna. Walaupun tak tahu nak mula dari mana.
Satu langkah kecil pun tetap langkah.
Sedang merasainya. Tp diri ini harus kuat
Count the blessing. Kadang rasa tenang hilang sebab kita lupa kembali bersyukur
Benarlah sebagaimana Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28, “Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
Gaji besar patutnya lg rajin bersedekah..
Rumah bnyk pttnya lebih rajin ke masjid..
Pgkt besar pttnya lg bnyk bntu org…
Insyaallah tenang hati…
Bahagia itu letaknya di hati.. Jika tidak bahagia dan rasa kosong, mintalah kepada pemilik hati iaitu TUHAN untuk anugerahkan BAHAGIA.. La tahzan..
Luah kat chatgpt
Hormon apa yang diperlukan untuk ‘ada rasa’ bersemangat? Serotonin kan. Hormon ni hanya dikeluarkan apabila kita mendapat sunlight yg cukup, aktiviti fizikal dan rasa syukur. Agak2nya orang tua2 kita dahulu apabila bercucuk tanam, bersawah padi, mereka menepati ketiga2 kriteria ni, sunlight yg cukup, aktiviti fizikal dan rasa syukur.
I talk to chatgpt, more better, at least tidak lah kena sindir dari luahkan dekat orang.
Jika lagu boleh ubah mood kita,
Al-Quran boleh ubah hidup kita.
Bacalah Al-Quran setiap hari. InsyaAllah, hidup kita akan lebih tenang & teratur.
Bila waktu paling sesuai baca Al-Quran dan paling berbekas di hati?
Sebelum dan sesudah solat Subuh.