KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes operator pengeluaran terhadap tiga pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan Daesh termasuk membuat bahan letupan sebagai persediaan melakukan aktiviti keganasan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan perbicaraan terhadap Muhammad Aabid Zarkasi, 28, didengar selama 10 hari pada 12 hingga 14 Februari, 3 hingga 6 Mac dan 19 hingga 21 Mac 2025.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan semua dokumen kepada pembelaan dan memohon tarikh bicara ditetapkan.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan 15 saksi dan memerlukan tempoh selama dua minggu untuk perbicaraan,” ujar beliau.

Sementara itu, peguam Mohamad Hafiz Jalaludin memberitahu, pihaknya memohon tarikh sebutan bagi membolehkan pembelaan meneliti dokumen dan mempertimbang untuk mengemukakan representasi.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November ini sebagai sebutan kes.

Pada 11 Jun lalu, Muhammad Aabid didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping atas ketiga-tiga pertuduhan, sebelum kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menyimpan bahan letupan untuk menjalankan aktiviti kumpulan tersebut.

Pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki sembilan buah video dan lima artikel dalam bentuk PDF dalam telefon bimbit jenis Xiaomi yang merupakan item yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Muhammad Aabid didakwa membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 28 Januari dan 15 Mei lalu di rumahnya di Taman Serai Jaya, Bagan Serai, Perak.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun atau denda dan harta yang digunakan untuk keganasan dilucuthakkan.

Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 130JB (1)(a) yang membawa penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan bahan-bahan dilucuthakkan dan Seksyen 130JD (1) memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – UTUSAN





Source link

-58%
New C300 Modified Modem Unlimited Data Hotspot Wireless Router WiFi 4G All Operator Router WiFi Sim Card Huawei LTE CPE
Shopee.com.my
4.9
RM86.72 RM211.51
New C300 Modified Modem Unlimited Data Hotspot Wireless Router WiFi 4G All Operator Router WiFi Sim Card Huawei LTE CPE
Muxi Metal label sticker tiger posted nine tails by lines like god lucky peace and popularity all around like god Hu Fuyun operator in Thailand金属标贴纸虎贴九尾经纹象神四面招财平安人缘象神拉胡福运符泰国
Shopee.com.my
4.9
RM3.85
Muxi Metal label sticker tiger posted nine tails by lines like god lucky peace and popularity all around like god Hu Fuyun operator in...
CPE C300 Modified Modem Unlimited Data Hotspot Wireless Router WiFi 4G all operator modem sim card Huawei LTE
Shopee.com.my
4.8
RM89.40
CPE C300 Modified Modem Unlimited Data Hotspot Wireless Router WiFi 4G all operator modem sim card Huawei LTE

Leave a Reply