Harga ChatGPT mungkin akan naik dalam beberapa tahun akan datang.
Menurut laporan dari The New York Times, berpandukan dokumen dalaman OpenAI, mereka merancang untuk menaikkan harga langganan individu ChatGPT dari $20 sebulan kepada $22 sebulan menjelang akhir tahun ini. Kenaikan harga yang lebih ketara dijangka berlaku dalam lima tahun akan datang; menjelang 2029, OpenAI meramalkan akan mengenakan caj $44 sebulan untuk ChatGPT Plus.
Langkah berani ini adalah untuk memenuhi tekanan dari pelabur yang mahukan OpenAI mengurangkan kerugian. Walaupun pendapatan bulanan syarikat mencapai $300 juta pada bulan Ogos, menurut The NY Times, OpenAI meramalkan kerugian sekitar $5 bilion tahun ini. Kos tinggi seperti gaji staf, sewa pejabat, dan infrastruktur latihan AI menjadi penyebab. Infomasi menarik, ChatGPT suatu ketika dilaporkan menelan belanja OpenAI sekitar $700,000 sehari!
Namun, jika harga dinaikkan terlalu cepat, OpenAI mungkin akan berdepan masalah. Walaupun ChatGPT kini mempunyai sekitar 10 juta pengguna berbayar, banyak yang berpendapat harga $20 sebulan sekarang sudah agak tinggi. Bayangkan jika anda ingin menempah pizza dan harga tiba-tiba naik! Mungkin anda akan berfikir dua kali sebelum membuat keputusan.