OnePlus nampaknya sedang bersiap untuk melancarkan foldable terbaru mereka yang dipanggil Open 2 tidak lama lagi, selepas tidak mengeluarkan apa-apa telefon pintar dalam kategori ini untuk tahun 2024. Lepas beberapa bocoran render bulan lepas, dua leaker terkenal dari China telah berkongsi spesifikasi penting yang mungkin dimiliki oleh telefon ini.
Dikhabarkan bahawa Open 2 akan hadir dengan sistem kamera tri-kamera yang lebih baik dengan jenama Hasselblad, menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite, bateri 6,000mAh, pengecasan tanpa wayar, dan sokongan komunikasi satelit. Berita baru ini menyatakan bahawa peranti ini mungkin akan menjadi foldable paling nipis di pasaran dengan reka bentuk titanium — untuk makluman, skrin paling nipis setakat ini, HONOR Magic V3, hanya 9.2mm apabila dilipat.
Berdasarkan bocoran render yang telah tersebar, telefon ini akan mempunyai reka bentuk yang biasa. Dikatakan ia memuatkan skrin dalaman 8 inci 120Hz, skrin penutup AMOLED 6.4 inci, serta tiga kamera belakang — satu 50MP utama, 50MP ultra-lebar, dan 50MP telefoto dengan 3x pembesaran optik, selain dari kamera selfie 32MP dan 20MP.
Open 2 dikhabarkan sebagai versi rebranding untuk pasaran global dari OPPO Find N5. Menariknya, Find N5 juga telah muncul dalam pangkalan data SIRIM, yang mungkin menunjukkan pelancaran yang akan datang di Malaysia.
(Sumber: GSMArena)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.