OCK Group Berhad (OCK) telah menandatangani perjanjian sewa menara dengan Best Telecom Co. Ltd. (Best Telecom). Langkah strategik ini menandakan kemasukan rasmi Kumpulan ke Republik Demokratik Rakyat Laos.
Best Telecom, yang baru-baru ini dianugerahkan spektrum 5G di Laos, sedang merancang untuk melancarkan rangkaian 5G di pelbagai wilayah dan bandar-bandar di Laos menjelang akhir tahun ini.
Langkah ini sejajar dengan aspirasi mereka untuk menjadikan Laos sebagai peneraju revolusi 5G untuk memenuhi permintaan yang pesat untuk konetiviti generasi akan datang.
Untuk memulakan penyebaran, OCK telah dianugerahkan dengan beberapa kumpulan tapak yang terletak dalam kawasan metropolitan Vientiane dan beberapa bandar utama di mana Kumpulan akan membina dan menyewakan menara telekomunikasi kepada Best Telecom selama tempoh 15 tahun, memberikan aliran pendapatan berulang jangka panjang kepada Kumpulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan OCK, Datuk Wira Sam Ooi Chin Khoon berkata, “Ini menandakan langkah pertama kita ke Laos, perjanjian ini lebih mengukuhkan kedudukan OCK sebagai sebuah syarikat menara telekomunikasi serantau di rantau Asia Tenggara. Dengan kepakaran OCK sebagai syarikat menara serantau bersama dengan kehadiran tempatan dan ambisi 5G Best Telecom, OCK bersedia untuk membuka peluang besar dalam pasaran Laos.
“Kumpulan akan terus memperluaskan kehadiran serantau, menaiki gelombang teknologi 5G serta permintaan yang semakin meningkat untuk konetiviti data dan memanfaatkan tren-tren pasaran yang menarik.
“Selain itu, dengan pengalaman kami sebagai syarikat menara di Vietnam, kami percaya bahawa budaya telekomunikasi agak serupa dengan Laos. Kefahaman ini memainkan peranan penting dalam membantu kami meniru kejayaan di Laos sejurus penyebaran 5G bermula,” tambahnya.
Source link