Tokyo Game Show (TGS) mungkin bukan tempat yang dikenali untuk fesyen, tetapi selepas sjow empat hari berakhir pada 29 Sept, semua orang hanya bercakap tentang “J91-WSDB” — jaket bernilai $1,700 (lebih kurang ¥250,000) yang dipakai oleh Hideo Kojima semasa tampil untuk mempromosikan Death Stranding 2: On The Beach.
Jaket ini, yang dihasilkan dengan kerjasama jenama luar mewah Acronym, habis terjual dalam beberapa minit selepas diumumkan. Tapi, itu bukan satu-satunya sebab Kojima muncul kembali di konvensyen permainan terbesar di Jepun ini. Dalam pertunjukan di pentas, beliau juga memperkenalkan beberapa pelakon dari Death Stranding, seolah-olah seorang pengarah filem memperkenalkan pelakonnya. Nama-nama besar seperti George Miller dan Elle Fanning akan memegang watak Tarman dan Tomorrow, manakala Shioli Kutsuna (“Deadpool & Wolverine”) akan memegang dan mengisi suara watak Rainy. Kojima turut berkongsi sekitar lapan minit rakaman cutscene dan satu acara dalam permainan di mana penyanyi Jepun, Daichi Miura, mempersembahkan lagu “Horizon Dreamer,” satu lagu dan tarian yang dicipta khas untuk permainan ini.