Pelakon Nora Danish menerima kecaman netizen apabila podcast terbarunya bersama Neelofa dan Natasha Ozeir dianggap seperti menyindir isu penceraian selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.
Dalam podcast tersebut, Nora dan rakan-rakan membincangkan isu nafkah serta tanggungjawab suami, yang didakwa ada yang mengaitkannya dengan masalah rumah tangga pasangan popular itu.
Tujuan podcast bukan untuk sindir sesiapa…
Nora menjelaskan bahawa podcast tersebut telah dirakam pada Julai lalu dan hanya disiarkan baru-baru ini kerana kekangan kerja. Dia juga mengakui sedikit bimbang kandungan itu akan disalah anggap, namun menjelaskan perbincangan tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.
Sejujurnya masa podcast hendak disiarkan, saya bimbang juga ada pihak yang tersinggung tapi pasukan kami berpendapat topik yang dibincangkan sangat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.- Jelas Nora.
Tujuan podcast untuk beri sesedaran tentang nafkah…
Menurut Nora, tujuan utama podcast tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada lelaki tentang pentingnya memenuhi tanggungjawab nafkah keluarga.
Segala bil dan keperluan dapur menjadi tanggungjawab suami. Perbincangan dibuat berdasarkan tiga sudut pandangan berbeza mengikut status kami. Ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.- Tambah Nora.
Perbincangan dilakukan dari perspektif berbeza mengikut status Nora, Neelofa, dan Natasha, tanpa menyentuh mana-mana individu atau pasangan selebriti.
#OhmediaNasihat
Isu nafkah dalam rumah tangga adalah perkara sensitif dan perlu dibincangkan secara terbuka, namun bukan untuk menyinggung mana-mana pihak.
Dalam apa jua perbincangan, selalu penting untuk menjaga niat dan keikhlasan agar mesej sampai dengan baik tanpa menimbulkan salah faham.