Sekolah rendah Cina di Johor tengah dan Perlis kini bergantung kepada pelajar dari kumpulan etnik lain untuk kelangsungan hidup selepas laporan mendapati ada kelas baru yang tiada pelajar Cina.
Contohnya, SJK (C) Kong Min di Tawar, Kuala Ketil, Kedah hanya mempunyai 13 pelajar Tahun Satu, yang terdiri daripada 12 pelajar Melayu dan satu pelajar India. Manakala, SJK (C) Kong Aik di Mata Ayer, Perlis pula telah mendaftar 23 pelajar Tahun Satu, kesemuanya bukan Cina, menurut laporan dari Kwongwah.
Gambar sekadar hiasan
“Sekolah kini bergantung kepada sokongan bukan Cina untuk terus hidup”
Pengerusi jawatankuasa sekolah, Xu Weizheng, mengatakan bahawa pengambilan pelajar Tahun Satu tahun ini merupakan penambahbaikan besar, dengan 13 pelajar berbanding hanya dua pelajar tahun lepas, tapi tiada satu pun dari kalangan Cina.
Beliau menyatakan bahawa sekolah kini mempunyai 45 pelajar, majoriti Melayu, dengan hanya satu pelajar Cina, satu pelajar India, dan satu pelajar campuran Cina-Melayu.
XU juga menyebut bahawa banyak orang Cina muda dari Tawar sudah berpindah ke tempat lain untuk mencari peluang lebih baik, tinggalkan generasi tua di sini, yang menyebabkan pengurangan pelajar Cina di sekolah tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Sekolah mesti terus mempromosikan budaya Cina
Walau bagaimanapun, Presiden Kedah Dong Lian Hui, Zhuang Jun Long, menegaskan bahawa sekolah perlu mengekalkan identiti Cina dalam kurikulum dan pentadbirannya untuk terus mempromosikan budaya Cina.
Beliau menyatakan bahawa keluarga bukan Cina memilih sekolah Cina kerana mereka menghargai pendidikan budaya yang kaya yang ditawarkan.
Zhuang juga menyatakan bahawa ia menjadi kebiasaan bagi sekolah Cina dengan kehadiran rendah bergantung pada sokongan bukan Cina. Namun, selagi sekolah mengekalkan nilai budaya dan fokus kepada kecemerlangan dalam pendidikan, mereka akan terus maju.
Gambar sekadar hiasan
Ini disebabkan oleh populasi Cina tempatan yang kecil
Sementara itu, SJK (C) Kong Aik akan menyambut 23 pelajar baru semasa sesi sekolah bermula, tetapi kesemuanya bukan pelajar Cina.
Guru Besar, Liang Yong Xiang, menyebut bahawa jumlah pelajar Cina yang mendaftar terus menurun, dari lima pada tahun 2023 kepada tiga tahun lepas, dan kini tiada langsung pelajar Cina tahun ini.
Pengerusi jawatankuasa sekolah, Lin Hui Chu, menjelaskan bahawa tren ini disebabkan oleh populasi Cina tempatan yang kecil di Mata Ayer, dengan lebih banyak etnik lain menjadikan pelajar Cina sebagai minoriti di sekolah itu.
Namun, Lin menegaskan bahawa sekolah tetap komited untuk memberikan pendidikan Cina, dengan Mandarin sebagai bahasa pengantar untuk semua pelajar.
“Selagi ibu bapa terus mendaftar anak-anak mereka, sekolah akan tetap fokus pada mempromosikan pendidikan Cina,” kata Lin.
Apa pendapat anda tentang hal ini? Kongsikan di ruangan komen!
Juga baca: Sekolah Cina di Negeri Sembilan Mempunyai 100% Pelajar Melayu Dalam Kelas Standard 1