Bitcoin telah melepasi had RM300,000 baru-baru ini, menandakan satu lagi mercu kejayaan bagi mata wang kripto tersebut. Koin ini melonjak dengan cepat awal pada hari Ahad, ketika nilai purata masih berada sedikit di atas pasaran RM295,000.
Nilai itu juga merupakan nilai tertinggi kedua bagi Bitcoin pada masa itu. Kali terakhir nilai koin itu berada di sekitar tahap tersebut adalah semasa rali kedua mata wang kripto pada tahun 2018, ketika melonjak hampir ke tahap RM285,000, yang kemudiannya diikuti dengan penurunan nilai yang stabil.
Rali ke RM300,000 adalah jauh berbeza dengan kejadian pada tahun 2022, di mana nilai Bitcoin merudum lebih dari 25% dalam semalam, turun dari nilai purata puncaknya pada masa itu, iaitu RM131,000 ke RM95,000. Sebelum itu, nilainya berpegang kukuh pada tahap RM85,000 selama beberapa tahun, sebelum secara beransur-ansur rali semula disebabkan oleh penghasilan kripto yang berterusan.
Sementara itu, mata wang kripto lain nampaknya masih kukuh, dengan Ethereum masih mengekalkan nilai purata RM16,000.
(Sumber: Google, Luno)
Source link