SIASATAN lanjut membabitkan kes kekasih anak kepada penyanyi Nikita Mirzani, Lolly yang kini terjebak kes melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan kehamilan dengan kekasihnya, Vadel Badjideh, 19, dilihat akan mengambil masa lama.

Semuanya gara-gara kakak kepada Vadel berjaya menunda soal siasat terhadap adiknya.

Penundaan sesi soal siasat membabitkan Polis Jakarta Selatan itu sepatutnya sudah selesai tetapi kakak Vadel memberi alasan adiknya tidak sihat dan sering mual-mual sejak beberapa hari lalu.

Mendengar alasan tersebut, Nikita yang juga ibu kepada Lolly, 16, menganggap Vadel sengaja melengah-lengahkan kes tersebut.

Bahkan dia mengaku mempunyai informasi Vadel menghabiskan waktu di sebuah pusat hiburan pada malam sebelum dijadualkan ke balai polis.

Kontroversi antara mereka tercetus selepas Nikita menyerbu pangsapuri disewa anaknya dan lelaki terbabit susulan didakwa sudah menggugurkan dua kandungan hasil hubungan tanpa nikah dengan Vadel.

Dakwaan tersebut dinafikan Vadel yang aktif dalam arena muzik itu, namun polis meneruskan siasatan disebabkan Lolly masih di bawah umur.





Source link

Leave a Reply