Seorang lelaki asing telah menggelar Malaysia sebagai “neraka tanpa hak asasi manusia” kerana mendakwa terperangkap di negara ini akibat kejadian yang berlaku di tempat parkir.
Menurut laporan oleh Express UK, Ahmed Hadi, 47 tahun, dari London, mengaku pasportnya dirampas oleh mahkamah di Malaysia selepas insiden di tempat parkir di Penang, di mana dia hanya meletakkan keretanya selama 10 minit pada 7 Disember 2024.
Semua ini bermula apabila Ahmed berhasrat untuk membayar yuran parkir RM7 setelah meletak kereta selama 10 minit.
Dia cuba membayar di mesin parkir, tetapi kedua-dua kadnya ditolak. Ahmed mengatakan bahawa dia menekan butang bantuan di mesin tersebut dan bercakap dengan petugas parkir selama 10 minit, tetapi tidak ada bantuan yang diberikan.
Setelah itu, dia didakwa mengangkat halangan untuk keluar dari kawasan parkir, yang mengakibatkan kerosakan.
Ahmed kemudian ditangkap dan peguamnya telah merundingkan penyelesaian dengan pemilik parkir tersebut.
Walaupun keadaan nampak sudah selesai, Ahmed masih mendakwa bahawa mahkamah Malaysia telah menyimpan pasportnya yang dirampas sebagai syarat jaminan, meskipun insiden tersebut telah berlaku 8 minggu lalu.
Ahmed merancang untuk berpindah ke Malaysia
Awalnya, Ahmed bercadang untuk berpindah ke Malaysia bersama isteri dan dua anak perempuannya, tetapi kini dia sedang mempertimbangkan semula.
“Keseluruhan perkara ini sangat tidak masuk akal dari awal. Saya ingin bayar, tetapi mereka tidak dapat menerima duit dan tidak membenarkan saya keluar. Saya ingat semuanya sudah selesai, tetapi saya masih tak dapat pasport saya dan tiada idea bila atau jika ia akan dikembalikan,”
“Keadaan di (penjara) sangat teruk, 50 orang berkongsi satu tandas. Salah seorang pegawai polis mengancam untuk memukul saya,” katanya sambil melabel Malaysia “neraka tanpa hak asasi manusia.”
Dia juga menyarankan agar rakyat Britain lebih menghargai negara mereka.
“Kita fikir Britain sedang dalam keadaan teruk, tetapi ini membuatkan kita sedar betapa baiknya keadaan kita. Negara ini adalah penipuan, dan anda tidak bebas,”
“Tiada cara lain untuk keluar (dari tempat parkir). Ia sangat menjengkelkan dan tidak masuk akal. Saya telah berusaha sedaya upaya dengan halangan itu tetapi ia hanya ranap seperti kertas,” tambahnya.
Apa pendapat anda tentang hal ini? Jangan ragu untuk berkongsi pendapat anda di ruangan komen.
Baca juga: Lelaki Asing Dituduh Cubaan Merogol Wanita di Penang, PDRM Kata Ini Semua Salah Faham