PETALING JAYA – Sejak pelakon popular, Nur Fazura memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada Jumaat lalu menjadi tajuk utama akhbar tempatan, ramai peminat pasangan itu turut berduka cita.

Menerusi komen-komen netizen dalam media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa sedih dengan berita ini kerana menurut mereka Fazura dan Fattah adalah pasangan sempurna yang sering menjadi tauladan buat masyarakat.

Ramai netizen dilihat memberikan kata-kata semangat dan tips bagaimana untuk menyelamatkan rumah tangga pasangan popular itu yang telah terbina sejak tujuh tahun lalu.

Malah ada netizen yang tidak mengizinkan pasangan ini untuk bercerai.

“Jangan cerai. Kami netizen tak izinkan Fattah dan Fazura bercerai,” komen salah seorang netizen dalam Instagram.

“Pasangan selebriti yang ramai netizen tak restu mereka bercerai. Susah nak ‘move on’. Kecewa. Semoga ada jalan keluar untuk setiap masalah,” komen seorang lagi netizen.

“Kamu berdua pasangan kesayangan ramai. Kamu berdua juga orang yang baik-baik. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Penceraian bukan jalan yang terbaik,” komen netizen yang lain.

Biarpun ada dakwaan mengatakan Fattah berlaku curang dengan Fazura, namun perkara itu dinafikan oleh Fattah.

Pengawal peribadi Fazura pula mendedahkan terdapat ‘penyondol’ yang cuba merosakkan rumah tangga majikannya.

Untuk rekod, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34 dan Nur Fazura Sharifuddin, 40, telah bernikah pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply