Busana pengantin bekas isteri pelakon, Keith Foo iaitu Kim Raymong menerima kritikan dan tohmahan daripada pelbagai pihak.
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan resepsi perkahwinan Kim Raymond dan suami, Zahir Omar yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Kim yang dilihat hanya memakai dress pendek paras peha tanpa lengan serta veil panjang berona putih.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan imej Kim, lebih-lebih lagi apabila dia baru sahaja memeluk agama Islam dua bulan lalu.
Bagaimanapun, video tersebut telahpun dipadam di platform tersebut.
Kim memeluk Islam di markah Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu pada 24 Oktober lalu.
Pada 12 Disember, Kim dan Zahir selamat mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Kim pernah berkahwin dengan aktor, Keith Foo pada November 2015, namun mereka berpisah pada Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond.