PETALING JAYA: Pelawak, Ali Puteh menafikan tuduhan menggunakan wang milik individu lain sebagai modal untuk berniaga produk makanan baharunya yang tular baru-baru ini.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata, dia menuntut individu yang menyebarkan dakwaan tersebut untuk tampil bersemuka dan menjelaskan tuduhan yang dilemparkan.

Tambah adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini juga, dia akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut enggan bersemuka dengannya.

“Kakak cepatlah balas pesanan”(DM) di media sosial sebelum saya sendiri ke balai polis untuk laporkan fitnah terhadap saya.

Saya tunggu sampai esok kakak DM saya dan jumpa jelaskan penyebaran fitnah ini. Jika tidak, saya buat laporan polis.

“Saya nak jumpa kakak sebab fitnah yang dibuat itu zalim dengan mendakwa saya menggunakan duit orang untuk berniaga,” ujarnya satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam perkongsian sama, pelawak itu turut memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan oleh individu tersebut di ruangan komen dengan mendakwa pelawak itu menjalankan perniagaan menggunakan wang orang lain.

Berang dengan pelbagai kecaman dan penyebaran fitnah, Ali turut meluahkan rasa kesal kerana masih ada segelintir pihak yang memandang serong dan bercakap buruk tentangnya sehingga sanggup melemparkan tohmahan.

“Sudah 2024, tak sangka masih ada lagi manusia begini, masuk semata nak komen. Mudah, tak payah komen apa-apa.

“Siapa boleh dapat nombor telefon atau alamat perempuan ini beritahu saya. Nak jumpa senang borak. Nak tengok depan-depan macam mana,” katanya yang turut mendedahkan foto dan akaun wanita berkenaan.-UTUSAN

Source link

banner 'which step do you reach' dan 'Anak tangga yang mana saya telah capai"
Shopee.com.my
4.9
RM12.00

pakaian malamPurple taro cahaya yang dimasak gaya baju tidur seksi wanita s musim bunga dan musim luruh model tiruan sutera sling saya-nightwearnight dressPurple taro light cooked style sexy pajamas women s spring and autumn models imitation silk sling me
Shopee.com.my
5.0
RM86.60
pakaian malamPurple taro cahaya yang dimasak gaya baju tidur seksi wanita s musim bunga dan musim luruh model tiruan sutera sling saya-nightwearnight...
Buku : Saya Malala: Gadis Yang Memperjuangkan Pendidikan Dan Ditembak Oleh Taliban
Shopee.com.my
5.0
RM43.00

Saya Malala: Gadis Yang Memperjuangkan Pendidikan Dan Ditembak Oleh Taliban
Shopee.com.my
5.0
RM45.90

Leave a Reply