Mungkin ni la punca orang prefer Childfree.😅
(bagi min filem ni creepy dan mencemaskan)
There’s Something Wrong With The Children
Dua pasangan bercuti di kawasan kabin dalam hutan. Satu pasangan tu tak ada anak dan satu lagi ada dua anak baya budak sekolah rendah.
Masa kat sana diorang buat la aktiviti biasa macam jungle tracking jalan2 dalam hutan. Waktu tu diorang terjumpa satu binaan yang dah lama ditinggalkan.
(kalau kat Malaysia ni mesti geng paranormal tiktok dah pergi situ)
Diorang semua masuk dalam binaan tu dan ternampak satu lubang besar dan dalam gila. Baling batu pun jauh nak jatuh ke dasar.
Tanpa diorang sedar, tengah sibuk mak bapak berborak yang budak2 macam terpaku dan terkesima tengok ke dalam lubang tu. Dan diorang hampir nak terjun tapi sempat tangkap.
Alih-alih hidung budak2 tu berdarah.
Balik dari tempat tu mula la kelakuan pelik budak2 ni. Satu malam ni parent diorang minta diorang stay kat kabin pasangan satu lagi ni untuk ‘privacy’ nak selamatkan rumahtangga.
Esoknya dua2 lesap tak tahu pergi mana. Awal pagi dah hilang. Sebab budak ni banyak kali mention nak kembali kat lubang tu, yang suami ni pergi la cari kat lubang tu.
Waktu sampai je dalam hutan kat lubang dalam bangunan tinggal tu, dia sempat tengok dua budak ni terjun ke dalam lubang. Frust dia sebab tak sempat nak selamatkan.
Bila dia balik semula ke kabin dalam keadaan serabut sebab nak kena sampaikan berita sedih dan rasa bersalah pada parent budak ni…
tiba-tiba dia ternampak dua orang budak ni berlari main kejar2 keluar dari kabin. Lah, siapa yang dia nampak terjun tadi tu?
Filem ni korang boleh tengok dekat Astro Go atau HBO go. Walaupun filem ni filem tahun 2023 tapi dibuat ala2 filem 80an.
#StreamOnAstro
#AstroGo