KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dibenar ke London bagi menghadiri majlis graduasi cucunya  selepas Mahkamah Seksyen di sini hari ini membenarkan permohonan beliau untuk mendapatkan passport antarabangsanya.

Hakim Rozina Ayob membenarkan passport bekas Perdana Menteri itu diserahkan kembali selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memaklumkan pihaknya tidak membantah permohonan tersebut.

Mahkamah mengarahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memulangkan pasport tersebut pada atau sebelum 20 Ogos.

Terdahulu, peguam Datuk Seri K. Kumaraendran yang mewakili Muhyiddin memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akan bertolak ke London pada 19 Julai dan dijangka kembali ke Malaysia pada 15 Ogos.

Ditanya mengapa tertuduh mahu mendapatkan pasportnya awal, Kumaraendran berkata, ia bagi membolehkan tertuduh mendapatkan pelepasan daripada Jabatan Imigresen (JIM) terlebih dahulu.

Berdasarkan affidavit yang menyokong permohonan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau dan isterinya akan menghadiri majlis graduasi cucu perempuan sulong mereka pada 23 Julai di Royal Festival Hall, Southbank Centre, London.

Beliau berkata, cucunya itu berjaya menamatkan pengajian kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pentadbiran Perniagaan) di University of Westminster, London.

“Saya ingin menghadiri majlis graduasi cucu saya kerana ia merupakan sebuah majlis sekali dalam seumur hidup dan saya ingin menyaksikan dan mengiktiraf kejayaan cucu saya.

“Cucu saya juga sudah menyatakan hasratnya untuk saya dan isteri dapat bersama-sama hadir ke majlis graduasinya untuk menyaksikan pencapaiannya,” katanya.

Pada prosiding sama, Rozina menetapkan 30 Ogos ini untuk pendengaran permohonan  Muhyiddin bagi menangguhkan kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi beliau.

Ia bagi menunggu permohonan semakan keputusan oleh panel hakim di Mahkamah Rayuan.

Muhyddin berdepan dua pertuduhan menerima RM195 juta daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn. Bhd. yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik parti Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen di sini, antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama. – UTUSAN





Source link

AL-WAFI TERJEMAHAN SYARAH HADIS 40 IMAM AN NAWAWI l Mustaffa Dib Al-Bugha & Muhyiddin Mistu l Santai Ilmu Publication
Shopee.com.my
4.9
RM65.00
AL-WAFI TERJEMAHAN SYARAH HADIS 40 IMAM AN NAWAWI l Mustaffa Dib Al-Bugha & Muhyiddin Mistu l Santai Ilmu Publication
PubSol: Tan Sri Muhyiddin Yassin l Abah Teguh Kita Bersama
Shopee.com.my
5.0
RM250.00
PubSol: Tan Sri Muhyiddin Yassin l Abah Teguh Kita Bersama
-2%
Translation Of The Book Of AL FUTUHAT AL MAKKIYYAH 5 Volumes (6 Volume Available) Original. Syaikh Muhyiddin Ibn Al Arabi Makiyyah Makkiyah
Shopee.com.my
5.0
RM172.15 RM177.47
Translation Of The Book Of AL FUTUHAT AL MAKKIYYAH 5 Volumes (6 Volume Available) Original. Syaikh Muhyiddin Ibn Al Arabi Makiyyah Makkiyah
kitab mengenal diri mengenal Allah Muhyiddin Muhammad Ghazali bin Abdullah
Shopee.com.my
5.0
RM16.00
kitab mengenal diri mengenal Allah Muhyiddin Muhammad Ghazali bin Abdullah

Leave a Reply