PARLIMEN l Ahli parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa membidas pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung kritikannya bahwa menteri-menteri Umno kurang membantu dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, dakwaan Lim (PH-Bagan) tidak tepat dan adalah ‘jauh panggang dari api’.

“Kamu sendiri juga apabila hendak mendapatkan kuasa terpaksa berkejar ke Sarawak untuk permohonan maaf,” kata Mohd Isam (BN-Tampin) semasa membahaskan Rang Udang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin)

Kenyataan itu susulan dakwaan Lim bahawa menteri-menteri Umno yang tidak begitu membantu dalam membantu mangsa banjir di kawasannya.

Sebagai menjawab tuduhan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) juga menempelak veteran DAP itu, dan mengingatkannya bahawa apabila Pulau Pinang dilanda banjir pada 2017, dia telah memohon bantuannya.

Mengulas lanjut, Mohd Isam dengan tegas mempertahankan prestasi menteri-menteri partinya dalam kerajaan perpaduan.

“Semasa jadi pembangkang sekali pun, Bagan Datuk menjawab panggilan Bagan walaupun jam menunjukkan pukul 3.38 pagi.

“Harap selepas ini Bagan tidak menangis lagi untuk meminta bantuan.

“Malah ketika menjadi pembangkang, (Ahmad) Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menjawab panggilan Lim (Bagan) pada pukul 3:38 pagi,” katanya.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk)

“Alhamdulillah apa yang rakyat lihat hari ini, menteri-menteri dari Umno telah memainkan peranan penting dan menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk membantu kerajaan Perpaduan pada hari ini.

“Saya tak nak bandingkan dengan menteri dari parti lain tetapi sendiri mahu ingatlah,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Isam berterima kasih kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menerima baik permohonan maaf bekas presiden Umno, Najib Razak.

“Perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana tidak akan mempengaruhi mahkamah kerana mahkamah bertindak dengan perkara yang dihadapkan kepadanya.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

“Maaf-bermaafan itu adalah budaya dan cara orang Melayu Islam. Diterima atau tidak, terpulang tetapi itu adalah perbuatan yang mulia,” katanya.

Menyentuh mengenai soal teks ucapan Belanjawan 2025 berkaitan tahanan di rumah yang cuba dikaitkan dengan Najib,

Mohd Isam berkata, spekulasi sedemikian “berniat jahat dan tidak masuk akal.”

“Soal sama ada Bossku mendapat perintah tahanan di rumah atau tidak, itu pertimbangan kemudian. Beliau tetap perlu menjalani proses permohonan sama seperti orang lain.

“Kalau permohonannya diberikan kebenaran, dapatlah. Kalau ditolak, tidaklah. Tiada jaminan,” katanya.

Dalam kritikan tajam terhadap pendirian DAP, Mohd Isam berkata, meskipun terlalu besar kebencian terhadap Najib, namun janganlah memperlakukan bekas perdana menteri itu seperti tidak pernah berjasa kepada rakyat dan negara.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Beliau mengakhiri ucapannya dengan memuji kepimpinan kerajaan perpaduan, termasuk Anwar dan kedua-dua timbalan perdana menteri, atas usaha mereka mengekalkan keyakinan orang ramai.

“Jangan kerana ego kamu akan menggagalkan usaha kerajaan hari ini seperti kamu semasa 22 bulan dahulu,” katanya lagi.



Source link

[New] Manuscript book for music students
Shopee.com.my
5.0
RM3.40
[New] Manuscript book for music students
Piano Lesson Made Easy Level 1 - Level 3 / Lina Ng / Practical Book / Piano Book / Music Book
Shopee.com.my
4.9
RM3.90
Piano Lesson Made Easy Level 1 - Level 3 / Lina Ng / Practical Book / Piano Book / Music Book
[New] Step by Step Piano Course The Fun Way (Step1~4) by Dr. Geraldine Law-Lee
Shopee.com.my
5.0
RM11.80
[New] Step by Step Piano Course The Fun Way (Step1~4) by Dr. Geraldine Law-Lee

Leave a Reply