KUALA LUMPUR – Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian seorang remaja akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya pada soket sebuah bas ekspres di Terminal bas Penang Sentral diberikan masa dua minggu untuk menyiapkan laporan lengkap.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kejadian yang menimpa mangsa tersebut serta apa-apa isu keselamatan akan dikaji semula.

“Apa yang berlaku kepada mangsa tersebut dan apa-apa isu keselamatan akan dikaji semula, sekiranya perlu kita akan meminda keperluan-keperluan, syarat-syarat terhadap bas yang menawarkan kemudahan soket elektrik ini.

“Setakat ini belum ada keputusan hasil siasatan ini, kita berikan dua minggu kepada task force ini untuk menyediakan laporan lengkap selepas itu kita akan lihat apa yang perlu dilaksanakan,” katanya ketika sidang akhbar Sesi Pengumuman Dasar Penggunaan Kenderaan NGV di Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Anthony memaklumkan pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Katanya, beliau telah mengarahkan APAD untuk menggantung operasi bas terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak JPJ.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas pada soket dalam bas ekspres di terminal Penang Sentral baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 7.40 petang.

Katanya, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. – KOSMO! ONLINE





Source link

-55%
Khind Electric Oven (23L) OT23B MEO-GLAMO23B / OT-23B / CEO-E2010X / Milux MOT-0018
Shopee.com.my
4.8
RM97.47 RM216.60
Khind Electric Oven (23L) OT23B MEO-GLAMO23B / OT-23B / CEO-E2010X / Milux MOT-0018
Motul Motorsport Car Motorcycle Oil Racing Rally Short Sleeve T-Shirt T Shirt Baju MOT-0015
Shopee.com.my
4.9
RM12.50
Motul Motorsport Car Motorcycle Oil Racing Rally Short Sleeve T-Shirt T Shirt Baju MOT-0015
CLEARANCE SALEBTS PHOTOCARD OFFICIAL JUNGKOOK V JIMIN JHOPE SUGA JIN RM - Photofolio Butter Proof Deco kit Mots 7
Shopee.com.my
5.0
RM13.10
CLEARANCE SALEBTS PHOTOCARD OFFICIAL JUNGKOOK V JIMIN JHOPE SUGA JIN RM - Photofolio Butter Proof Deco kit Mots 7

Leave a Reply