PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan bersedia menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding November.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan ramalan itu berlaku antaranya disebabkan oleh faktor perubahan iklim.

“Monsun Timur Laut akan sampai lazimnya pada awal minggu pertama bulan November, tapi disebabkan oleh perubahan cuaca atau iklim ada kemungkinan mengikut ramalan bahawa MTL akan datang lebih awal iaitu di akhir atau minggu keempat bulan Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini hari ini.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut melancarkan Pelan Rejuvenasi Rakan NADMA 2030 yang dibangunkan untuk menjadi dokumen rujukan pelbagai pihak berkepentingan bagi merancang, melaksana dan memantau program-program yang memberi impak positif kepada golongan rentan.

Ia sekali gus dapat memajukan dunia kesukarelaan dan melonjakkan peranan sektor kemanusiaan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, mobilisasi bantuan ketika ini sudah pun berada pada tahap siap siaga terutama melibatkan agensi penguatkuasaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita (juga) tidak mengira negeri mana, tempat mana, tetapi mobilisasi ini kita laksanakan dengan cara berstruktur,” ujarnya.

Selain itu, beliau meminta supaya orang ramai lebih peka serta mengikuti nasihat daripada agensi penguatkuasaan yang menjalankan tugas ketika musim banjir.

“Kita harap nasihat-nasihat untuk berpindah ini harus diikuti dengan sebaiknya, untuk faedah mereka bagi mengurangkan bencana.

“Kita harap mangsa jangan lah membiarkan hanya agensi bantuan ini datang tanpa mereka membantu diri mereka sendiri dan ahli keluarga,” katanya.

Pada 3 Oktober, media melaporkan negara dijangka menerima kehadiran MTL bermula November ini sehingga Mac 2025 dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh tersebut. – UTUSAN 

Source link

ITBM Novel : Gelora 2 Monsun - ‘Adly Azamin
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
ITBM Novel : Gelora 2 Monsun - ‘Adly Azamin
-4%
Decal Sticker Striping Variations Jupiter Z Robot 2010-2013 MONSUN V ROSSI/Jupiter Z 2010 /Jupiter Z 2011 /Jupiter Z 2012 /Jupiter Z 2014 /Spark Z /Spark Rx /Jupiter Rc/Decal Jupiter Z Robot Lis Jupiter Z Robot Striping Jupiter Z Robot
Shopee.com.my
4.5
RM25.19 RM26.24
Decal Sticker Striping Variations Jupiter Z Robot 2010-2013 MONSUN V ROSSI/Jupiter Z 2010 /Jupiter Z 2011 /Jupiter Z 2012 /Jupiter Z 2014 /Spark Z /Spark Rx...
Monsun Ceramic Top Coffee Table. Glossy Finish Top & Strong metal frame construction. Free installation
Shopee.com.my
RM299.00
Monsun Ceramic Top Coffee Table. Glossy Finish Top & Strong metal frame construction. Free installation
2buah Buku Lama GEOGRAFI ASIA TENGGARA & ASIA MONSUN 1990
Shopee.com.my
RM15.00

Leave a Reply