Mesyuarat Teknikal Program Kesihatan Awam telah berlangsung pada 20 – 21 Mei 2024..


Mesyuarat Teknikal Program Kesihatan Awam telah diadakan pada 20 – 21 Mei 2024 di Hotel Armada Petaling Jaya dan secara rutinnya diadakan 2 kali
setahun dan diselaraskan oleh Cawangan Dasar dan Perkhidmatan Kesihatan Awam, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM.

Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (TPKN) Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri dari seluruh Malaysia dan juga Pengarah-Pengarah Bahagian daripada Program Kesihatan Awam, Ibupejabat KKM.

Ia merupakan platform utama untuk perbincangan secara 2 hala antara peringkat negeri bersama pengurusan tertinggi Program Kesihatan Awam dalam hal berkaitan dasar dan pelaksanaan program kesihatan awam di lapangan.

Pihak Ibu Pejabat KKM juga mengambil peluang ini untuk memberi perkembangan terkini dalam hal dasar dan pelaksanaan Program Kesihatan Awam, termasuk hal kawalan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, kesihatan mental, kesihatan keluarga, kesihatan primer, pemakanan, promosi kesihatan, pendigitalan, hal profesion anggota perkhidmatan kesihatan awam dan juga perundangan dan penguatkuasaan kesihatan awam, serta lain-lain isu berbangkit.

Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu di lapangan yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersama.

Alhamdulillah, tahun ini saya berpeluang untuk hadir bersama-sama ahli mesyuarat dan mendengar terus secara langsung serta berinteraksi dengan semua ahli mesyuarat.

Semoga penganjuran mesyuarat ini menjadi salah satu usaha dalam menambahbaik sistem kesihatan awam negara demi memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.








Source

Leave a Reply