Antara sebab orang kaya nak jual rumah….

Dulu sis pun pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain. 😉

Salah satunya sebab sunyi. Ye sunyi..
Dulu, tiap kali berkunjung dekat rumah orang kaya-kaya yang nak jual rumah,
Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling
Selesa sungguh!

Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata😂 punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.

Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music 🎶, argh! Complete ! Semua nyaaa ada

Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef 👨‍🍳

Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. .

Seronok kan?
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka.

Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua,

“kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…
Keluhan mereka biasanya mesti macam ni,

Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni anne, penat!

Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?😇
Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.

Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali

Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing
Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni

Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa.

Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang 😅
Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian.

Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive?
Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri.

Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.
Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.
Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.

Ish! Panjangkan keluhan mereka?

Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?

Tak dengar kata sangat kenapa anne oi? 😂nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.

Tak pulak sis mandi kolam🤪
Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.

Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!

Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh.

Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.

Ni bukan kata beli rumah besar salah okey🤪 Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gitu – palm villa ioi, residences.

Kredit: anne soon

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

pokok kucai. dalam polybag. pokok dah lama hidup,sihat dan subur. tanam 1 pasu di rumah,tak perlu membeli bila nak guna.
Shopee.com.my
RM25.00
pokok kucai. dalam polybag. pokok dah lama hidup,sihat dan subur. tanam 1 pasu di rumah,tak perlu membeli bila nak guna.
RASA SEKALI, PASTI NAK LAGI!! . Dah nak raya ni, rumah korang dah ada Peyek?? Tapi bukan biashe biashe
Shopee.com.my
RM18.00
RASA SEKALI, PASTI NAK LAGI!! . Dah nak raya ni, rumah korang dah ada Peyek?? Tapi bukan biashe biashe
POKOK SIREH rare jarang dah nak jumpa ada pokok Sireh kt rumah, sgt berbaloi tanam
Shopee.com.my
RM35.00
POKOK SIREH rare jarang dah nak jumpa ada pokok Sireh kt rumah, sgt berbaloi tanam

Leave a Reply