Belajar mekap semata-mata nak elak daripada menjadi mangsa buli.

TRUE BEAUTY (2020)

Antara drama Korea favorite aku. Tengok banyak kali pun tak bosan. Drama ni santai-santai je. Takde konflik yang berat. Cuma kisah dimana heroin dikhianati kawan baiknya sendiri tu jelah yang aku rasa macam sakit hati sikit.

Drama ni mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan yang selalu dibuli kerana hodoh. Nak dijadikan cerita, berlaku sesuatu yang menyebabkan dia bersama keluarganya terpaksa berpindah. Kerana takut kejadian lama berulang, dia mula berlajar makap.

Hasilnya usaha kerasnya, dia berjaya menutup segala kekurangan yang ada diwajahnya. Disekolah barunya, semua orang mengagumi kecantikannya sehinggakan dia menjadi rebutan dua orang pelajar lelaki paling famous dekat sekolah tu. Masing- masing bersaing untuk mendapatkan dia.

Betul-betul jackpot gaiss🤣 Modal mekap je. Maka bermulalah kisah cinta tiga segi antara mereka. Bagi aku drama ni cukup rasa. Ada komedi, ada romantik dan ada sedih jugak sikit-sikit. Part yang paling kelakor masa scene Seo Jun menari pakai boxer tu🤣 Sakit perut aku gelak.

Btw, drama ni tak hanya fokus pada watak utama semata-mata tetapi diselitkan juga dengan kisah ahli keluarga mereka yang sangat menghiburkan. Kalau ada yang tanya drama ni happy ending atau sad ending, jawapannya berdasarkan team mana yang korang pilih.

Bagi aku sad ending. Bukan nak cakap yang Suho tak layak untuk Ju Kyung tapi Seo Jun pun berhak untuk bahagia. Entahlah susah nak explain. Hanya team Seo Jun je faham perasaan ni. Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok drama ni dekat Viu.

#ViuMalaysia

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

Leave a Reply