MESKIPUN baru tahun pertama, namun Mempelam Farm Sdn. Bhd yang mengusahakan ladang mempelam harumanis di Bukit Bintang 2, Sungai Batu Pahat, Perlis berjaya meraih hasil
lebih 10 tan metrik buah itu musim ini dengan hasil jualan dijangka mencecah RM250,000.

Hasil berkenaan melibatkan keluasan tanaman 12.89 hektar membabitkan 1,720 pokok dan penjagaan teliti menyaksikan mereka menghasilkan buah cukup berkualiti untuk para pelanggan dari dalam dan luar negara.

Selepas hasil dikutip di ladang berkenaan, buah yang dipungut tersebut kemudian akan melalui proses pembungkusan sebelum dijual kepada para pelanggan dengan gred premium.

Pengurus ladang berkenaan, Kamaruddin Malek berkata, bagi musim pertama ini, jangkaan hasil adalah sebanyak 10 tan metrik atau lebih.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Katanya, buah berkenaan untuk pasaran pelawat yang datang di negeri ini selain pihaknya juga memasuki ekspo dan karnival-karnival jualan sekitar negeri ini dan Kedah.

Katanya, mereka juga menerima tempahan dari luar negeri ini dengan buah berkenaan dihantar khususnya kepada para pelanggan dari Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain termasuk di Singapura.

“Harga yang dijual pula ialah RM120 bagi tiga kilogram selain dibungkus dengan kotak eksklusif dan penghataran pula adalah percuma. Proses berkenaan sudah bermula sejak Mac dengan buah yang dipungut itu akan dibawa ke pusat pengumpulan.

“Selepas itu, kita akan merawat buah berkenaan dan mengumpulkan mengikut gred bagi memastikan buah benar-benar berkualiti untuk para pelanggan,” katanya.

Tambah beliau, kaedah pengredan buah mempelam harumanis adalah mengikut saiz dan berat dengan gred A meliputi berat 370 sehingga 600 gram sebiji.

“Gred B pula anggaran 330 hingga 369 gram dan buah berkenaan semua sama, cuma membezakan saiz dan berat buah sahaja.
Mempelam Farm juga melibatkan antara 10 hingga 12 pekerja di ladang.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

“Antara karnival atau ekspo yang kita sudah masuk untuk jualan berkenaan seperti perkampungan sunnah, di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelbagai lagi.

“Alhamdulilah sambutan sangat memberangsangkan khususnya pelanggan dari luar yang ingin menikmati keenakan harumanis Perlis yang hanya setahun sekali ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat berkenaan juga ke arah mewujudkan pusat pengumpulan dan pemprosesan sendiri selepas ini bagi menampung hasil pada musim-musim akan datang.

Selain itu, katanya, mereka juga bercadang menghasilkan produk-produk berasaskan harumanis dalam tempoh terdekat ini.

“Antaranya seperti menghasilkan jus harumanis, aiskrim, gula-gula, wafer dan pelbagai lagi produk berasaskan harumanis yang sememangnya mendapat sambutan orang ramai terutama pada musim buah itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, syarikat berkenaan juga dalam perancangan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) khususnya untuk pengawalan tanaman. – UTUSAN





Source link

mangga harum manis hybrid /mempelam harum manis / pokok mangga harum manis hybrid / pokok mempelam harum manis
Shopee.com.my
4.9
RM25.00
mangga harum manis hybrid /mempelam harum manis / pokok mangga harum manis hybrid / pokok mempelam harum manis
-6%
Baja Pokok Buah Mangga Mempelam Khas Untuk Cepat Berbunga Berbuah Lebat Tahan Lasak NPK 12-12-17-2+TE Repack 1kg
Shopee.com.my
4.8
RM12.00 RM12.90
Baja Pokok Buah Mangga Mempelam Khas Untuk Cepat Berbunga Berbuah Lebat Tahan Lasak NPK 12-12-17-2+TE Repack 1kg
pokok mangga taiwan / mempelam taiwan / pokok mangga taiwan hybrid / pokok mangga taiwan berbuah rendah
Shopee.com.my
4.8
RM20.00
pokok mangga taiwan / mempelam taiwan / pokok mangga taiwan hybrid / pokok mangga taiwan berbuah rendah
Mempelam Merah Hybrid Irwin
Shopee.com.my
5.0
RM25.00
Mempelam Merah Hybrid Irwin

Leave a Reply