Seorang ahli perniagaan telah didenda sebanyak RM80,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menggunakan peralatan komunikasi yang tidak disahkan iaitu SMS Blaster yang telah menyebabkan gangguan serius kepada rangkaian dan perkhidmatan selular yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Keputusan mahkamah dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap empat (4) tuduhan yang dibawa terhadapnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Terdakwa, seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun didakwa dengan dua (2) tuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Piawaian Teknikal Komunikasi dan Multimedia 2000 kerana menggunakan peralatan komunikasi tidak disahkan iaitu SMS Blaster masing-masing di Condominium Memoire Suites, Dua Central dan EkoCheras, Kuala Lumpur.

Manakala untuk dua (2) tuduhan yang lain, tertuduh didakwa di bawah Peraturan 34(5)(c) Peraturan-peraturan Spektrum Komunikasi dan Multimedia 2000 kerana menggunakan SMS Blaster dan menyebabkan gangguan kepada rangkaian dan perkhidmatan selular syarikat telekomunikasi berlesen. Bagi semua tuduhan, tertuduh berisiko dikenakan denda tidak melebihi RM300,000.00 atau penjara selama tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

Hasil siasatan oleh Bahagian Penguatkuasaan SKMM, didapati bahawa cara tertuduh menjalankan Modus Operandi adalah dengan memasang peranti SMS Blaster dengan antena di unit kondominium bersebelahan dengan lebuh raya.

SMS Blaster telah diubahsuai menjadi stesen pemancar semula palsu dan apabila telefon bimbit orang awam lalu berhampiran SMS Blaster, rangkaian 4G dan perkhidmatan selular akan terganggu dan kembali ke platform perkhidmatan 2G selepas bersambungan dengan rangkaian BTS palsu.

Akibatnya, orang awam mula menerima mesej pengiklanan seperti iklan perkhidmatan pinjaman wang, iklan aktiviti perjudian dan lain-lain melalui perkhidmatan mesej ringkas (SMS).

Selain itu, aktiviti haram ini juga menyebabkan masalah panggilan terputus serta kualiti perkhidmatan Internet menjadi kurang memuaskan.

Source link

-50%
MyTv Decoder Original MCMC SIRIM Dekoder MYTV Broadcasting Tv Channel Antenna MyTv Box Receiver RTM TV3 Rekoder MP4 Play
Shopee.com.my
4.8
RM18.88 RM38.53
MyTv Decoder Original MCMC SIRIM Dekoder MYTV Broadcasting Tv Channel Antenna MyTv Box Receiver RTM TV3 Rekoder MP4 Play
-37%
MyTv Decoder Original SIRIM & MCMC DVBT2 MyTv Dekoder HDMI RCA 1080p FHD Tv Decoder Receiver Antena MyTv Decoder Antenna
Shopee.com.my
4.8
RM18.88 RM29.97
MyTv Decoder Original SIRIM & MCMC DVBT2 MyTv Dekoder HDMI RCA 1080p FHD Tv Decoder Receiver Antena MyTv Decoder Antenna
[Wifi outdoor camera] SIRIM and MCMC certification.TP-Link Tapo CCTV C320WS, TAPO 510W,.520WS Outdoor 360 Camera, wifi
Shopee.com.my
5.0
RM259.00

Polar H10 Heart Rate Monitor HRM ECG Heart Rate Chest Strap ANT+ Bluetooth size M-XXL *Original SIRIM MCMC approved
Shopee.com.my
5.0
RM450.00

Leave a Reply