Hai pengguna Maybank! Ada berita penting untuk anda. Bank ini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melakukan penyelenggaraan sistem pada hujung minggu ini, yang bakal mengganggu beberapa perkhidmatan, termasuk pengeluaran wang dan transaksi dalam talian.
Maybank memaklumkan kepada pelanggan melalui laman Facebook dan laman web mereka tentang perkhidmatan yang akan terjejas. Penyelenggaraan akan berlangsung pada hari Sabtu (12 Oktober 2024) dari jam 12 pagi hingga 7 pagi, dan Ahad (13 Oktober 2024) juga dari jam 12 pagi hingga 7 pagi. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang tidak dapat diakses:
- Laman Web Maybank2u
- Apl Maybank2u
- Apl MAE
- Laman Web Maybank2u Biz
- Apl Maybank2u Biz
- ATM dan Terminal Layan Diri (SST) Maybank
Perkhidmatan yang disenaraikan akan tidak dapat diakses secara berperingkat pada kedua-dua hari dalam tempoh tersebut. Maybank menjelaskan bahawa penyelenggaraan ini adalah untuk mengemaskini platform mereka agar transaksi perbankan menjadi lebih efisien dan selamat.
Kami sarankan anda merancang sebarang transaksi agar tidak terganggu semasa penyelenggaraan ini. Namun, ada kemungkinan tempoh penyelenggaraan boleh dilanjutkan, jadi pastikan anda mengikuti laman sosial rasmi Maybank untuk pengumuman dan kemas kini terkini.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan, anda boleh menghubungi Maybank melalui mesej peribadi di akaun media sosial mereka atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (antarabangsa).
Sumber: Facebook, Maybank2U
Ikuti kami di Instagram, Facebook atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.