DUNGUN: Mayat dipercayai seorang lelaki
ditemukan tanpa kepala terdampar di Pantai Rantau Abang, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat tanpa identiti dengan berpakaian koyak itu ditemukan dalam keadaan reput oleh pengunjung pantai itu kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

“Setakat ini, kita percaya mayat itu adalah seorang lelaki namun identiti termasuk usia sebenar mangsa belum dikenal pasti berikutan keadaan fizikalnya sudah mulai mereput.

“Kita percaya mayat tersebut dihanyutkan arus dan dipukul ombak sebelum terdampar di daratan,” katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Maizura berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu dan akan akan turut melihat sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil menghubungi pihak polis,” katanya.

Tambahnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – UTUSAN





Source link

-2%
KAIN KAPAN /KAIN KAFAN COTTON PUTIH 60 INCI / KAIN BARUT BAYI / KAIN JENAZAH / KAIN ANDAH/ KAIN MAYAT
Shopee.com.my
4.9
RM1.37 RM1.40
KAIN KAPAN /KAIN KAFAN COTTON PUTIH 60 INCI / KAIN BARUT BAYI / KAIN JENAZAH / KAIN ANDAH/ KAIN MAYAT
Set Kelengkapan Jenazah Lelaki dan Wanita Kit Lengkap Pengurusan Mayat Kain Kafan Kapan Islam Muslim Muslimah
Shopee.com.my
5.0
RM15.00
Set Kelengkapan Jenazah Lelaki dan Wanita Kit Lengkap Pengurusan Mayat Kain Kafan Kapan Islam Muslim Muslimah
SEAWOOD SQUID JIG/ CANDAT MAYAT/CANDAT SOTONG 2.0/2.5/3.0
Shopee.com.my
5.0
RM7.00
SEAWOOD SQUID JIG/ CANDAT MAYAT/CANDAT SOTONG 2.0/2.5/3.0
[Ready Stock]Set Lengkap Pengurusan Jenazah Lelaki/Perempuan Mayat kain kapan kafan telekung kapur barus air mawar sintu
Shopee.com.my
4.9
RM200.00
[Ready Stock]Set Lengkap Pengurusan Jenazah Lelaki/Perempuan Mayat kain kapan kafan telekung kapur barus air mawar sintu

Leave a Reply