Coworking Series 1

Di tempat kerja moden, produktiviti bukan lagi tentang jam yang dihabiskan. Pandemi telah mengubah cara kita bekerja, dan syarikat kini perlu semula menilai apa itu produktiviti, jauh dari struktur 9-to-5 yang kaku. Dalam perubahan ini, generasi yang paling mencabar norma kerja tradisional adalah Gen Z. Generasi ini, yang dikenali kerana kepakaran digital mereka, mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

Gen Z, yang dibesarkan dengan teknologi seperti telefon pintar dan media sosial, sangat cekap dalam mencari cara yang lebih cepat dan berkesan untuk menyelesaikan kerja. Mereka lebih suka menggunakan alat komunikasi seperti Slack dan Trello, membolehkan kerjasama tanpa terikat kepada meja atau jadual tertentu. Bagi mereka, fokusnya bukan sekadar menyelesaikan tugas lebih cepat, tetapi juga tentang mencipta sistem yang mempercepatkan proses dan menumpukan kepada hasil akhir.

Ambil contoh syarikat digital seperti Spotify dan Buffer. Mereka telah menerapkan model kerja fleksibel, sama ada secara jarak jauh atau hibrid, yang melihat kepada hasil kerja, bukan jam yang dicatat. Gen Z cemerlang dalam suasana ini kerana mereka boleh bekerja pada waktu yang paling produktif bagi mereka, sama ada pagi, malam, atau ketika inspirasi datang. Fleksibiliti ini memberikan ruang untuk menghasilkan kerja terbaik tanpa tekanan yang sering datang dengan waktu kerja tradisional.

Selain itu, Gen Z juga membawa pandangan baharu tentang cara pasukan bekerja. Berbeda dengan generasi yang lebih tua yang mungkin lebih selesa dalam struktur hierarki, Gen Z ingin suara mereka didengar. Mereka percaya pada kerjasama di semua peringkat, dan bagi mereka, hari yang produktif bukan diukur dari berapa banyak mesyuarat yang dihadiri, tetapi dari hasil nyata yang dicapai.

Generasi ini juga mendorong transparansi dan tanggungjawab dalam bekerja. Mereka mahukan kejelasan mengenai tugas dan objektif yang perlu dicapai, agar semua orang bergerak ke arah visi yang sama. Mereka menghargai maklum balas secara berkala bukan hanya sebagai penilaian prestasi, tetapi sebagai alat untuk penambahbaikan berterusan. Falsafah ini sejalan dengan metodologi agi yang kini semakin popular dalam banyak syarikat.

Jangan sesekali menyamakan pendekatan ini dengan kemalasan. Sebaliknya, Gen Z bersikap praktikal dan sedar bahawa keletihan membawa kemunduran kepada kreativiti dan inovasi, yang akhirnya memberi kesan negativ kepada syarikat. Dengan memperjuangkan keseimbangan antara kerja dan rehat, mereka memastikan produktiviti dapat bertahan dalam jangka panjang. Mereka ingin melakukan kerja yang bukan sahaja banyak, tetapi berkualiti.

Contohnya, program mentor terbalik adalah satu strategi yang boleh digunakan syarikat untuk memanfaatkan kekuatan generasi ini. Pekerja muda, yang mahir dengan teknologi, boleh membantu rakan sekerja yang lebih senior menggunakan alat baru untuk memudahkan kerja mereka. Sementara itu, mereka juga belajar tentang pemikiran strategik yang memandu keputusan bisnes. Ini mewujudkan budaya di mana kualiti didahulukan, dan kedua-dua belah pihak mendapat manfaat—kakitangan senior belajar amalan yang lebih efisien, manakala pekerja Gen Z menerima bimbingan dan peluang untuk berkembang.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan semula cara kita mentakrifkan produktiviti. Dari pengalaman beberapa tahun lepas, kita tahu bahawa fleksibiliti menghasilkan kecekapan. Syarikat yang masih mengukur produktiviti berdasarkan jam yang dicatatkan sudah ketinggalan. Gen Z menunjukkan kepada kita bahawa apabila mereka diberikan alat yang tepat, kebebasan untuk berinovasi, dan fleksibiliti untuk bekerja mengikut cara mereka sendiri, mereka dapat mencipta lebih banyak daripada yang dibenarkan oleh jadual ketat.

Kesimpulannya, bukan berapa lama kita duduk di meja, tetapi kualiti kerja yang dihasilkan. Syarikat yang memahami ini bukan sahaja akan menarik bakat terbaik, tetapi juga membina tenaga kerja yang lebih terlibat, kreatif, dan berusaha untuk berjaya. Dengan menerima pendekatan yang lebih fleksibel dan berorientasikan hasil, kita semua dapat belajar dari Gen Z dan membina tempat kerja yang bukan sahaja lebih produktif, tetapi juga lebih memuaskan.

— Penulis adalah CEO dan Pengasas Agensi Pengambilan Pekerja HESA dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Industrian, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya.



Source link

Kedah: The Ancient Malay Kingdom
Shopee.com.my
RM160.00
Kedah: The Ancient Malay Kingdom
【MASA PANAJANG】CHEAPEST ON SHOPEE1psc Fire Spark Candle Birthday Lilin Api Firework Candle 烟花直筒生日蜡烛
Shopee.com.my
4.9
RM0.80
【MASA PANAJANG】CHEAPEST ON SHOPEE1psc Fire Spark Candle Birthday Lilin Api Firework Candle 烟花直筒生日蜡烛
Cotton candy /Gula kapas gebu berperisa murah! pos out dlm masa 2 hari! utk majlis pre order.
Shopee.com.my
5.0
RM1.70
Cotton candy /Gula kapas gebu berperisa murah! pos out dlm masa 2 hari! utk majlis pre order.

Leave a Reply